Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota KuliahBerita Puncak Alam
       

   5.  Cemerlang dengan membaca serta meneliti al-Qur’an

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al-Kitab (Qur’an) dan dirikan solat.” (al-Ankabut 29: 45)    

Orang-orang Arab pada zaman jahiliah adalah golongan yang tidak bertamadun. Namun, setelah mereka memeluk Islam, cara hidup mereka berubah seingga mereka berjaya membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang. Perubahan ini diransang dan disuluh oleh al-Qur’an. Justeru, pada hari ini apabila kita ingin cemerlang, jadikan al-Qur’an sebagai landasan kepada kecemerlangan itu. Bagi tujuan itu, bawalah al-Qur’an dan terjemahannya bersama-sama kita dan bacalah setiap hari dengann tajwid yang betul. Kita boleh membaca al-Qur’an sambil duduk di kerusi tanpa perlu berwudhuk dan mengadap kiblat. Mulakan membaca sepuluh ayat. Selepas itu, telitilah maksud-maksudnya sebelum kita menambah dengan membaca lagi sepuluh ayat. Berkata Imam Sufyan al-Thauri,”Apabila seseorang membaca al-Qur’an, para malaikat akan mencium antara kedua belah matanya.”

 

i

Mencari Kecemerlangan Hakiki (Intro)
 

Tip-Tip Kecemerlangan (Klik pada tajuk)

1 Cemerlang dengan menjadi Global Champion 20 Cemerlang dengan Menegakkan Keadilan
2 Cemerlang dengan Iman dan Takwa 21 Cemerlang dengan Mengawal Emosi
3 Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat 22 Cemerlang dengan Memberi Maaf
4 Cemerlang dengan Ilmu Semasa 23 Cemerlang dengan Bersyukur
5 Cemerlang dengan membaca serta meneliti al-Qur’an 24 Cemerlang dengan Konsisten
6 Cemerlang dengan Wawasan 25 Cemerlang dengan Bekerja dalam Pasukan
7 Cemerlang dengan Merancang 26 Cemerlang dengan Komunikasi Berkesan
8 Cemerlang dengan Ikhlas 27 Cemerlang Melalui Musyawarah
9 Cemerlang berlandaskan Syariat 28 Cemerlang Melalui Perpaduan
10 Cemerlang dengan menegakkan Ibadah 29 Cemerlang dengan Membentuk Pelapis
11 Cemerlang dengan Sembahyang 30 Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir
12 Cemerlang dengan Zikrullah 31 Cemerlang dengan Menjaga Pemakanan dan Kesihatan
13 Cemerlang dengan  Jihad dan Mujahadah 32 Cemerlang dengan Pengurusan Masa
14 Cemerlang dengan Tawakal 33 Cemerlang dengan Teknologi
15 Cemerlang dengan Menjaga Kualiti 34 Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi
16 Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan 35 Cemerlang dengan Imej Positif
17 Cemerlang dengan Menjaga Amanah 36 Cemerlang dengan Berdoa
18 Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yang Murni x Kecemerlangan Golongan Sabiquun
19 Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif