Mengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah

Nota Kuliah: Konflik Palestin-Israel dan Siapakah Yahudi - posted on 1 Feb, 2009

Mimbar Al-Furqan pada minggu ke-5 bulan Januari menyajikan dua kuliah yang menyentuh topik Palestin-Israel.

Kuliah Suboh pagi Sabtu menyajikan ceramah oleh Ustaz Azhar Yahya. Beliau tidak menyediakan tajuk yang khusus tetapi ceramah beliau menyentuh isu kekejaman Israel yang terbaru di Semenanjung Gaza. Menurut Ustaz Azhar, insiden terbaru yang bermula pada 27 Disember 2008 dan berlanjutan selama 22 hari adalah satu ‘mainan politik’ para pemimpin Yahudi Israel yang dijadikan bahan berkempen menjelang pilihanraya umum (PRU) Israel yang dijadualkan berlangsung pada 10 Feb 2009 (seminggu dari sekarang).

Kenyataan ini bertepatan dengan analisa yang sempat penulis rakamkan semasa serangan udara baru bermula berdasarkan rencana yang disiarkan oleh web Al-Jazeera yang penulis telah terjemahkan dan muatkan di web Al-Furqan suatu masa dahulu. Menurut kajian yang dibuat oleh Mark Levine, sebelum serangan bermula, pungutan suara menunjukkan Parti Likud dan pemimpinnya Olmert masih mendahului carta populariti. Di antara yang ingin menunjukkan belang sewaktu insiden serangan tersebut adalah Ehud Barak (Parti Buruh) yang merupakan menteri pertahanan dan Livni yang merupakan menteri luar. Selepas bermulanya serangan selama seminggu, pungutan suara menunjukkan populariti Barak dan Livni telah melonjak mengatasi Olmert.

Menurut Ustaz Azhar lagi, kekejaman ke atas rakyat Palestin adalah medan bagi para pemimpin politik membuktikan kehandalan dan kelantangan masing-masing dalam mempertahankan kepentingan Yahudi di bumi Palestin yang sangat penting di mata para pengundi di Israel. Satu iktibar bagi umat Islam dalam memilih kepimpinan, ciri-ciri keberanian para pemimpin perlulah dititik-beratkan sebagaimana pihak Yahudi Israel memilih pemimpin mereka.

Ustaz Azhar Yahya

Ustaz Azhar juga ada menyentuh tentang kesan tarbiyyah yang dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin Mesir pada tahun 70-an dan 80-an yang menghasilkan para pejuang Islam yang kembali ke tanah air masing-masing untuk memperjuangkan Islam.

Pada ceramah di sebelah malam pula, Dr Shihabudin telah membentangkan topik yang hampir sama tetapi khusus kepada memahami peribadi golongan Yahudi. Ceramahnya bertajuk ‘Konsep Yahudi di dalam Al-Qur’an sikap umat Islam terhadap mereka pada zaman sekarang’.

Perkataan ‘Yahudi’ berasal dari perkataan ‘yahud’ iaitu merupakan salah seorang anak Nabi Yaakob a.s. atau saudara Nabi Yusuf a.s. Sementara Bani Israel adalah merupakan keturunan Nabi Ishak a.s. Terdapat seramai 14 orang rasul yang wajib diimani oleh umat Islam yang terdiri dari Bani Israel bermula dari Nabi Ishak a.s. sehinggalah Nabi Isa a.s. Ini bermakna > 60% dari rasul yang wajib diimani adalah terdiri dari Bani Israel.

Keturunan Yahudi adalah keturunan dari Nabi Ibrahim a.s. melalui jalur isterinya yang bernama Siti Sarah yang merupakan dari golongan bangsawan. Sementara bangsa Arab dinisbahkan kepada keturunan Nabi Ibrahim a.s. melalui jalur isterinya yang bernama Siti Hajar yang dari golongan hamba. Isu ini telah dijadikan hujjah bagi bangsa Yahudi yang menganggap mereka sebagai lebih mulia.

Dr Shihabudin

Sikap sebenar Yahudi telah menonjol sewaktu zaman Nabi Musa a.s. seperti yang banyak dirakamkan di dalam Al-Quran terutamanya di dalam surah al-Baqarah. Apakah yang menyebabkan golongan Yahudi ini menjadi begitu degil dan sombong? Di antara sebab-sebab yang dirakamkan di dalam Al-Quran adalah kerana mereka telah dikurniakan dengan beberapa kelebihan dan nikmat oleh Allah swt. Antara ayat-ayatnya termasuk:

·          Ad-Dukhan 44:32 - Terjemahannya: "Dan sesungguhnya telah Kami pilih mereka dengan pengetahuan (Kami) atas bangsa-bangsa."

·          Al-Baqarah 2:47 - Terjemahannya: "Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat."

Sejarah merakamkan beberapa episod di mana golongan Bani Israel atau Yahudi telah diusir dari kawasan yang mereka duduki kerana melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh masyarakat setempat. Di antara pengusiran tersebut termasuk:

1.      Zaman nabi Musa a.s. di mana mereka lari meninggalkan Mesir dan berhijrah ke Palestin

2.      Zaman nabi Zakaria a.s. mereka meninggalkan Syria menuju ke Palestin

3.      Zaman selepas Nabi Isa a.s. diangkat di mana Raja Adrian mengusir mereka keluar dari Palestin dan menuju ke Jordan

4.      Zaman Nabi Muhammad SAW mereka diusir dari Madinah dan sebahagian mereka dibunuh kerana belot

5.      Zaman Umar al-Khattab mereka diusir dari Palestin dan menuju ke Beirut

6.      Zaman Salahuddin al-Ayyubi mereka keluar dari Sepanyol dan menuju ke Turki

7.      Di England pada zaman King Edward II mereka diusir dari England dan menuju ke Austria

8.      Seterusnya diusir keluar dari Austria dan menuju ke Peranchis

9.      Dari Peranchis, kemudian mereka diusir oleh Raja Phillips III keluar ke Hungary

10.  Pada 1582, mereka diusir keluar oleh Raja Adam dan menuju ke Jerman

11.  Pada era perang dunia ke-2, Nazi Jerman telah membunuh lebih sejuta rakyat Yahudi

Slogan yang kekal digunakan oleh Yahudi sehingga ke hari ini adalah ’Kami adalah golongan yang tertindas’.

Antara faktor yang menjadikan kaum Yahudi hebat pada hari ini adalah:

1.      Akal yang bijak atau IQ yang tinggi berdasarkan kajian yang dibuat. Golongan mereka terkenal dengan para cerdik pandai dan membolot senarai penerima Nobel Prize. Antara tokoh dan bidang yang dikuasai termasuk:

a.      Sains – Albert Einstein, Edison, Karl Marx, Sigmund Freud

b.      Teknologi terkini – Michael Dell, Google

c.       Filem & hiburan – Steven Spielberg, Walt Disney

d.      Fesyen – Donna Karen, Tommy Hilfilger, Levi’s

e.      Politik – Henry Kissinger

f.        Ekonomi – George Soros

Dalam bidang pendidikan, mereka menguasai dari segi bilangan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Direkodkan, mereka memiliki sebanyak 5758 universiti di seluruh dunia termasuklah universiti-universiti ternama di Amerika Syarikat. Sementara umat Islam hanya memiliki sekadar 500 lebih buah universiti.

2.      Tahap kerjasama yang kuat di kalangan masyarakat mereka. Walaupun angka populasi mereka di seluruh dunia hanyalah sekitar 14,125,000 orang, mereka mempunyai kekuatan yang mengatasi umat Islam yang berjumlah 1.47 billion. Walaupun pada hakikatnya mereka sebenarnya berpecah-belah sebagaimana dirakamkan oleh Al-Qur’an, mereka mampu menyembunyikannya dan menzahirkan diri mereka sebagai bersatu.

3.      Penguasaan ke atas bangsa lain walaupun agama mereka bukanlah agama yang mengajak manusia menyertai mereka. Dengan penguasaan ke atas ekonomi dan politik dunia, media dan sebagainya, mereka mampu mengawal keputusan yang dibuat oleh sesuatu bangsa lain.

Yahudi menyerang umat Islam dan bangsa-bangsa lain melalui 5-F:

1.      Filem – Hollywood, Walt Disney

2.      Family - merosakkan struktur kekeluargaan

3.      Fun – Hiburan yang berlebihan

4.      Fashion – fesyen pakaian terutama bagi golongan wanita

5.      Food – rangkaian makanan segera

Bagaimana bentuk bantuan yang dapat dihulurkan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi membantu rakyat Palestin yang menderita:

1.      Sokongan moral – demonstrasi, dll.

2.      Dana – sumbangan derma dan bantuan barangan

3.      Boikot barangan yang menyokong negara Yahudi

4.      Doa yang boleh dilakukan oleh setiap orang

Di sana terdapat beberapa dalil yang mewajibkan umat Islam di seluruh dunia untuk memberikan usaha membantu saudara mereka di Palestin/Gaza:

1.      Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang dibakar oleh Raja Namrud dan usaha yang dilakukan oleh burung pipit untuk membantu sebagai memenuhi tanggungjawabnya

2.      Hadith Nabi SAW yang mahsyur yang menekankan sikap prihatin kepada nasib saudara se Islam di mana sesiapa yang tidak mempedulikan nasib umat Islam yang lain, mereka bukanlah dari golongan umat Nabi SAW.

 

 

Catatan: Ruz 09