|
||
|
|
| Ceramah Khas: Manasik Haji - oleh Ustaz Hj Hasnil Bin Abu Bakar | ||
| (posted on 21 Jun, 2009) | ||
3. Kalimat Talbiah adalah laungan komitmen dan janji kepada Allah untuk berpegang teguh dengan agamanya dan memperjuangkannya. Laungan talbiah akan dijawab oleh Allah berdasarkan niat orang yang melaungkannya. 4. Allah swt mengarahkan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. supaya membina Baitullah dan membersihkannya dari kotoran syirik. Nabi Ibrahim a.s. juga diarahkan melaungkan seruan haji kepada umat manusia walaupun pada masa itu tiada manusia di sekeliling kawasan itu. Seruan haji, walaupun tidak didengar oleh umat Islam secara fizikal tetapi ianya disahut setiap tahun. Sejak ianya disyariatkan, ia telah berjalan setiap tahun tanpa gagal. 5. Antara pengajaran lain yang dapat diambil dari kesan seruan Nabi Ibrahim a.s. tersebut adalah tugas dakwah perlu dilaksanakan atau diteruskan tanpa terlalu memikirkan samada ianya akan diterima atau tidak. Tugas manusia adalah menyampaikan dan sesungguhnya Allah swt lah yang memberi hidayah. 6. Sebagaimana amal ibadat yang lain, ibadah haji juga memerlukan ilmu iaitu syarat sebelum beramal. Seseorang itu akan masuk ke dalamnya dengan ilmu dan keluar menjadi takut kepada Allah swt (taqwa). 7. Ibadah haji adalah merupakan satu pengorbanan yang melibatkan ruhani, jasad, dan harta. Ia adalah satu jihad terutama kepada para Muslimat. 8. Dalam melakukan ritual seperti tawaf, seseorang itu tidak perlu bergantung dengan risalah doa yang sepatutnya sudah dihafal sebelumnya. Seseorang yang melakukan tawaf dan sa’ie hanya perlu berdoa dengan doa yang keluar dari hati dan bukannya dari kertas yang belum lagi dihayati. 9. Wukuf di Arafah secara simboliknya adalah proses pembersihan diri dan muhasabah. Sejurus selepas seseorang itu berniat untuk melakukan ibadah haji, seolah-olah Allah swt mengerah para jemaah haji keluar dari Mekah ke suatu tempat yang terasing dari pembangunan dan hampir terputus dari dunia luar supaya para jemaah dapat mencari kedamaian diri untuk memuhasabah diri masing-masing. Pergerakan yang cuma lebih kurang 22 kilometer tetapi cukup menguji kesabaran dan ketabahan diri setiap jemaah haji. 10. Larangan-larangan seperti larangan berhias, bersama pasangan, atau bernikah kahwin yang dikenakan ke atas para jemaah haji semasa berihram adalah bertujuan untuk memfokuskan kepada Allah dan bukan perkara-perkara duniawi. Pakaian yang menjadi simbol perbezaan darjat di mata manusia telah disamatarafkan di mana lelaki akan memakai pakaian yang serupa tanpa sebarang jahitan. 11. Tertib yang mana menjadi sebahagian rukun haji dan wajib haji adalah sebagai satu sistem kawalan kualiti ibadat haji. Setiap jemaah haji memerlukan ilmu supaya dapat menilai sendiri ibadat yang dilakukan mereka samada menepati syarat-syaratnya. Menghadiri siri kuliah manasik haji adalah untuk memenuhi tuntutan tertib dalam beribadah. Selain itu, Ustaz Hj Hasnil juga menyarankan supaya setiap individu yang belum berkesempatan untuk melakukan ibadah haji supaya memasang niat untuk melakukannya dan bersegera mendaftar tanpa perlu terlalu memikirkan status pendapatan/kewangan mereka. InsyaAllah akan diberikan rezeki dan kemudahan oleh Allah swt untuk melaksanakannya. whlm. |