|
|
|
Pada hampir sepanjang minggu lepas,
kawasan Lembah Kelang telah menerima kunjungan tokoh pendakwah
yang mahsyur di alam cyber dari Amerika Syarikat iaitu Syeikh
Yusof Estes. Beliau yang di dalam rangka perjalanan mengerjakan
haji ke Baitullah al-Haram telah menjadualkan beberapa
persinggahan di Malaysia merangkumi Lembah Kelang dan Pulau
Pinang.
Sepintas lalu mengenai latar belakang beliau;
Sheikh Yusof Estes dilahirkan dalam tahun 1944 di Ohio, Amerika
Syarikat adalah bekas pengarah/pengerusi “Islamic Mission
Foundation International” sebuah badan yang menjalankan kaji
selidik. Beliau dibesarkan di Texas di dalam keluarga Kristian
Protestent dan melibatkan diri secara aktif sebagai seorang ”penceramah” agama
Kristian.
|
|
Sebelum
memeluk Islam, beliau telah melibatkan diri di dalam industri muzik,
hiburan, pemasaran, dan juga sebagai instruktor muzik. Beliau
juga pernah memiliki perniagaan alat muzik termasuk Estes Piano
dan Organ Company. Pada tahun 1991, Syeikh Yusof telah
mengadakan urusan perniagaan dengan seorang dari Mesir beragama
Islam bernama Muhammad. Dalam usaha beliau cuba menarik rakan
perniagaannya kepada agama Kristian, beliau telah mengenali
Islam dan akhirnya beliau pula telah memeluk Islam. |
|
|
|
Bukan
sahaja beliau, malah isteri, anak, dan bapanya juga telah memeluk Islam.
Beliau seterusnya telah pergi menghadiri pengajian bahasa Arab
dan Al-Qur’an di Mesir, Maghribi, dan Turki.
Beliau berkongsi
pengalamannya mengenali Islam di dalam video di url di
bawah:
http://video.google.com/videosearch?q=yusuf+estes+story#q=yusuf%20estes%20story&start=20
Semasa lawatannya ke Lembah Kelang selama lebih kurang lima
hari, beliau telah sempat menyampai ceramah di beberapa
lokasi termasuk di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, di
University Malaya, di Dewan Al-Khadem di Sg Kayu Ara, di
Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), di Dewan MBSA Shah
Alam, di Dewan MBSA Bukit Jelutong dan akhir sekali di
Masjid USJ2 Subang Jaya. Sebelum berangkat ke Tanah Suci
untuk menunaikan ibadah Haji, beliau dijadualkan berhenti di
Pulau Pinang untuk menyampaikan beberapa ceramah di sana.
|
|
|
Penulis sempat
menghadiri ceramah beliau di Sg Kayu Ara dan di Dewan MBSA Bukit
Jelutong. Sessi ceramah beliau di Bukit Jelutong amat bertenaga dengan
cara penyampaian yang ceria, diselitkan dengan beberapa aksi lucu
dan menghiburkan. Melangkah masuk ke dewan dengan berjubah putih, berkot,
dan mengenakan topi koboi, beliau menyampaikan ceramah penuh bertenaga
ala “preacher” Kristian.
Tumpuan
dakwahnya adalah membawa mesej Islam kepada golongan bukan Islam di
negara-negara di mana Islam adalah minoriti seperti di Amerika Syarikat,
Eropah, New Zealand, Australia dan sebagainya. Beliau telah menggunakan
teknologi ICT dengan semaksimum mungkin untuk menyampaikan mesej Islam.
Selain berbagai-bagai website yang ditubuhkan, beliau juga mengasaskan
“Search Engine” (http://www.searchforislam.com)
untuk mencari website-website mengenai Islam. |
|
Beliau
banyak berkongsi pengalaman berhadapan dengan masyarakat Barat
yang bukan beragama Islam dan kaedah-kaedah dakwah yang
digunakan untuk menarik mereka kepada Islam. Beliau juga ada
menyentuh topik hijab bagi muslimah dan memelihara janggut bagi
muslimin. Semasa sessi soal jawab secara bertulis, beliau telah
diuji dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan perasaan. Di
antara soalan yang mencabar dari hadirin adalah: “Mengapakah
Allah SWT mencipta seseorang tanpa kerelaan mereka dan
kemudiannya memaksakan peraturan-peraturan yang menyukarkan?”.
Dewan agak tergamam dengan soalan yang berbunyi seperti protes
terhadap kehendak Allah SWT. Beliau dapat mengawal perasaannya
dan menjawab dengan tenang, “Bagaimanakah anda mampu untuk
memiliki kerelaan sekiranya anda tidak dijadikan? Semua roh
manusia dikeluarkan dari Nabi Adam a.s. dan mereka telah
berjanji dengan Allah SWT untuk menyembahnya. Kemudian, ingatan
mereka telah dipadamkan sebelum mereka dilahirkan ke dunia.”
|
|
Antara insiden yang sukar untuk
dilupakan adalah apabila seorang pemuda berumur 26 tahun
berbangsa Cina mengirimkan soalan bertulis kepada
Syeikh. Di dalam soalannya, beliau membuat beberapa
perakuan tentang kefahaman beliau tentang Islam. Syeikh
Yusof, setelah membaca soalan tersebut terus meminta
yang bertanya supaya memperkenalkan diri dan tampil
kehadapan dan duduk di sisinya. |
 |
Hadirin di dalam dewan
tertanya-tanya apakah tindakan beliau seterusnya. Setelah
memastikan yang soalan itu betul-betul datang dari pemuda itu
dan beliau memahami apa yang ditulisnya, Syeikh Yusof telah
mengajar beberapa dasar dalam Islam seperti Iman, Islam dan
Ihsan dan memastikan si pemuda tersebut faham akan perkara itu.
Dan dengan tanpa berlengah-lengah, beliau terus mengajarkan
syahadah dalam Bahasa Inggeris lalu dilafazkan oleh oleh pemuda
tersebut. Para hadirin terpaku dengan
gerakan sepantas kilat yang dibuat oleh penceramah dari Amerika
ini. Tidak terbayang perkara ini akan berlaku pada ustaz-ustaz
di Malaysia. Mungkin sahaja si pemuda akan disuruh untuk balik
dan memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.
Sebahagian hadirin di dalam dewan bertakbir apabila syahadah
dilafazkan. Syeikh Yusof kemudiannya mengajar saudara baru itu
untuk bersyahadah dalam bahasa Arab untuk menjadikannya lebih
rasmi. Sekali lagi laungan takbir bergema di dalam dewan.
|
|
Penulis kagum dengan kehebatan
sebilangn insan yang memeluk Islam melalui usaha mereka sendiri dan
kemudiannya mewakafkan usianya untuk berdakwah. Mereka ini lebih mampu
dalam menyampaikan mesej Islam melalui pengalaman mereka dan mereka
lebih gigih untuk membawa manusia kepada Islam, mungkin atas dasar
pengalaman mereka yang pernah hidup dalam kegelapan, dan keyakinan baru
yang mereka miliki setelah memeluk Islam.
Bak kata Syeikh Yusof, “Islam is a
perfect product, but have lousy salesmen” iaitu ”Islam adalah produk
yang sempurna tapi jurujualnya yang tak boleh diharap”.
Di antara websitenya yang
popular adalah:
1.
Islam Tomorrow.com (
http://www.islamtomorrow.com
)
2.
Watch Islam.com (
http://www.watchislam.com )
3.
Hear Islam.com (
http://www.hearislam.com )
4.
Chat Islam.com (http://www.chatislam.com
)
5.
YouTube Islam (
http://www.youtubeislam.com )
6.
Islam Newsroom.com (
http://www.islamnewsroom.com
)
7.
Science Islam.com (
http://www.scienceislam.com )
8.
Prophet of Islam.com (
http://www.prophetofislam.com
)
Di antara tugasan lain yang
dilakukan oleh beliau termasuk:
- Sukarelawan sebagai imam
di sebuah pengkalan tentera di Texas .
- Pendakwah khas bagi
Penjara Persekutuan di Amerika Syarikat, sejak 1994.
- Wakil PBB ke Persidangan
Keamanan bagi Ketua-Ketua Agama, Ogos 2000.
- Pensyarah undangan bagi
universiti
- Produser, pengarah, dan
pendakwah program cable dan satelit television.
- Penghasilan website,
chatroom, video conference teknologi tinggi, dan site hiburan bagi
kanak-kanak.
-- End of Article -- |
|
SAF2008 Powered by NetMyne |
|