|
|
| |
Tazkirah Ramadhan:
Kehebatan Al-Qur'an oleh Shah Kirit -
(Posted: 26 Sep, 2008)
Ceramah ini yang
dijadualkan sebagai program mengisi slot tazkirah telah akhirnya
bertukar hampir menyamai program Minda Al-Furqan dengan topik
yang dibentangkan melampaui masa 1 jam. Saudara Shah Kirit
pertama kalinya datang ke SAF pada tahun lepas, juga mengisi
slot semasa solat tarawih. Kalau dulu, beliau membawa tajuk
perbandingan agama, kali ini beliau mengfokuskan kepada aspek
sains yang terkandung di dalam Al-Qur'an. |
| |
|
Sepanjang ceramahnya, beliau mengenengahkan ayat-ayat yang
menyentuh tentang fakta sains yang termaktub di dalam Al-Qur'an.
Di sini, penulis cuba menyenaraikan sebanyak mungkin contoh yang
sempat dirakamkan dalam kepala (terlupa pen dan kertas). Antara contoh atau subjek yang
dibincangkan adalah seperti di bawah: |
|
|
| |
| |
a) Teori relativiti yang
diketengahkan oleh Albert Einstein. Teori ini mengatakan
bahawa alam ini mengembang dan sentiasa membesar. Teori ini
juga mendakwa asal-usul alam ini adalah dari satu point/titik
atau hakikatnya dari tiada kepada ada. Teori ini juga
menyangkal hukum Newton (Newton's Law). Al-Qur'an ada
merakamkan ayat yang disokong oleh teori Einstein mengatakan
alam maya ini sedang mengembang secara berterusan.
|

Model Alam yang mengembang |
|
| |
b) Asal-usul dunia dan
teori "Big Bang". Teori "Big Bang" mengatakan alam
ini terdiri dalam kepulan asap/gas yang bersatu
membentuk satu ketulan yang besar yang kemudiannya
berkecai apabila berlaku letupan besar yang
menghasilkan ketulan-ketulan bintang, planet, dan
sebagainya. Al-Qur'an merakamkan yang dunia asalnya
adalah satu dan berlaku proses permisahan/letupan. |
| |
c) Bumi berbentuk sfera.
Al-Qur'an bukan sahaja memberi isyarat bumi
berbentuk sfera berdasarkan terma-terma tertentu
dalam bahasa Arab yang membayangkan "lilitan", malah
memberi gambaran yang tepat tentang "kelonjongan"
bentuk bumi dengan mengumpamakannya seperti telur
burung unta. Walhal, masyarakat Barat pada masa itu
masih menganggap bentuk bumi adalah mendatar. |
| |
d) Matahari berputar pada
paksinya dan mempunyai orbitnya sendiri. Teori
Barat hanya mendakwa bumi dan planet berputar pada
paksi dan mempunyai orbit, tapi tidak matahari.
Al-Qur'an dengan jelas mengatakan matahari juga
mempunyai orbit dan ini telah dibuktikan dengan
kajian terkini. |
| |
e) Jantina anak ditentukan
oleh kromosom bapa. Kajian sains terkini
mengesahkan ketentuan jantina anak adalah bergantung
kepada kromosom bapa. Kromosom ibu hanya mengandungi
kromosom "XX" manakala bapa mempunyai kromosom "XY".
Kebiasannya, hanya satu koromosm bapa akan
disenyawakan dengan satu kromosom ibu. Sekiranya
kromosom bapa yang disenyawakan adalah dari jenis X
juga, maka anak perempuan akan terhasil. Dan
sebaliknya, jika kromosom "Y" bapa yang disenyawakan,
anak lelaki akan terhasil. Ketentuan jantina dari
kromosom bapa telah diisyaratkan oleh Al-Qur'an. |
| |
f) Fasa perkembangan embrio
di dalam rahim. Pada ketika mikroskop masih
belum dicipta oleh saintis, Al-Qur'an telah pun
membincangkan mengenai fasa perkembangan embrio yang
berlaku selepas persenyawaan, pembentukan 'alaqah,
mudghah, pembentukan tulang sebelum daging. Ini
bertengangan dengan dakwaan ahli saintis terdahulu
mengenai pembetukan daging kemudian diikuti oleh
tulang. Mutakhir, apa yang diterangkan oleh
Al-Qur'an terbukti benar, dengan penggunaan
teknologi canggih dan terkini. |
|
|
| |
Di celah-celah menyampaikan point-point
berdasarkan tajuk, Sdr Shah Kirit sempat juga menceritakan pengalaman
gurunya di Amerika yang menemui Islam melalui pembacaan. Beliau memeluk Islam tanpa
bertemu dengan seorang umat Islam pun selama beberapa tahun. Selepas penantian
begitu lama, kenangan
pertama berjumpa dengan orang Islam, beliau berasa kecewa disebabkan
kurangnya kualiti pada diri Muslim, tidak seperti apa yang beliau dapati
dari pembacaan-pembacaannya. Pada harapannya, akan berdiri di sana
seseorang yang bercirikan para sahabat Nabi SAW. Alhamdulillah, beliau bertemu Islam sebelum
bertemu umat Islam.
|
| |
Secara
keseluruhannya, ceramah ini sangat menarik dan informatif.
Mu'jizat Al-Qur'an yang sangat jelas mampu meningkatkan iman
bagi mereka yang mahu berfikir. Saudara Shah Kirit juga memiliki
pautan internet bagi mereka yag berminat di
Shah Kirit.com. Beberapa
video beliau juga boleh didapati di
YouTube. |
| |
|
| |
SAF2008 Powered by NetMyne |
|