|
||
|
|
| Mendepani Psikologi kanak-kanak bagi pendidikan masa kini - posted 22 Feb, 2009 | ||
|
Pembentukan personaliti dan sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh tiga sistem utama. Ketiga-tiga elemen mungkin saling mengimbangi ataupun salah satunya menjadi dominan pada diri seseorang:
Peranan ibubapa adalah untuk memastikan berlaku keseimbanagan di antara tiga elemen ini. Pendekatan terhadap anak-anak yang bermasalah perlu dilakukan secara diplomasi dan mengambil sedikit sebanyak teknik ’peneguhan positif’ atau lebih dikenali sebagai ’positive reinforcement’ iaitu menekankan aspek positif dalam memberi teguran. Ibubapa juga perlu menekankan konsep kerjasama dan interaksi di kalangan ahli keluarga terutama di antara adik beradik. Penerapan nilai moral dan agama perlu dilakukan pada waktu dan ketika yang sesuai. Dr Fadzilah juga menghuraikan carta perkembangan psikososial Erikson yang membahagikan tahap perkembangan manusia kepada lapan peringkat:
Ibubapa perlu jujur dalam menangani dan memahami emosi anak-anak mereka. Mereka perlu menjadi role-model bagi anak-anak mereka dalam membantu membentuk matlamat hidup mereka. Ibubapa juga perlu menjadikan suasana rumahtangga supaya anak-anak berasa berada di dalam lingkungan yang selamat. Sekiranya hadir ketidaktentuan pada diri anak-anak, ibubapa perlu membantu menguraikan ketidaktentuan tersebut berdasarkan tahap pemikiran anak-anak. Di antara aspek lain yang diberikan penekanan adalah hakikat perbezaan yang wujud di dalam setiap diri anak-anak. Setiap dari mereka adalah berbeza dari aspek fizikal, karekter, bakat, dan lain-lain. Perbezaan juga wujud dari aspek spiritual seperti moral, emosi, IQ, dan sebagainya. Dari segi bakat, mereka juga memiliki tahap kecerdasan yang berbeza yang boleh dikategorikan seperti berikut:
Memahami perbezaan yang wujud pada diri anak-anak, gaya belajar yang diamalkan juga akan berbeza. Penceramah juga menekankan peranan ibubapa untuk membantu anak-anak menguasai lebih dari satu kecenderungan. Beliau juga menyentuh peranan otak kiri dan otak kanan yang mana kedua-dua belah perlu diapplikasi walaupun terdapat kecenderungan bagi salah satu darinya menjadi sangat dominan. Pada penghujung ceramah, beberapa soalan telah diajukan oleh hadirin yang hadir. Soalan pertama menyentuh tentang tips kejayaan bagi pelajar menghadapi peperiksaan. Penceramah berkongsi pengalaman sendiri dan rakan-rakan menyarankan para ibu atau bapa yang mempunyai ikatan yang rapat dengan anak yang tertentu supaya berpuasa dan berdoa pada hari anak mereka menduduki peperiksaan. InsyaAllah, usaha sebegini dapat membantu. Pada soalan yang kedua di mana saudara yang bertanya mendakwa punca kelemahan di kalangan anak-anak adalah akibat diplomasi yang berlebihan dan kurangnya ketegasan pada ibubapa. Beliau membuat perbandingan di anatara masyarakat Melayu dan Cina di mana kaum Cina dikatakan lebih tegas di dalam mendidik anak-anak membentuk semangat bersaing. Menjawab persoalan ini, Dr Fadzilah menekankan penegasan perlu pada situasi yang tertentu teruatama dalam pendidikan agama. Beliau juga memetik kajian yang dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon ke atas budaya kaum Yahudi di Israel yang sangat menekankan disiplin yang ketat ke atas isteri dan anak-anak mereka bagi memastikan mereka menjadi yang terbaik. Program diakhiri dengan penceramah membuat sedikit rumusan bahawa mungkin ibubapa adalah pihak yang lebih perlu menghadiri kursus keibu-bapaan bagi mendapatkan latihan atau mempelajari teknik-teknik mendidik anak-anak. |

