|
Tirai
2010 dibuka dengan program Minda
Al-Furqan dengan tajuk "Penghayatan
Asma' ul-Husna Dalam Kehidupan.
Panel undangan, Prof Madya Wan
Maseri Wan Mohd, merupakan seorang
pensyarah di Universiti Malaysia,
Pahang dan juga merupakan Ketua
Pusat ICT, KUKTEM.
Program yang pada mulanya
dijadualkan bermula pada jam 8 pagi
dan berjalan selama 3 jam telah
diubah kepada slot kuliah Suboh dan
dipendekkan kepada 1 ~1.5 jam bagi
memberi ruang kepada sebahagian
jamaah untuk menguruskan
program-program lain yang berlaku
serentak pada pagi tersebut.
Dengan masa yang agak terhad,
program yang sepatutnya terbahagi
kepada dua modul telah disingkatkan
kepada satu modul. Secara ringkas
beliau membuka bicara deangn sedikit
peringatan tentang hakikat kejadian
dan asal-usul manusia, tugas dan
amanat yang digalas, dan destinasi
yang ditujui. Definisi khalifah
Allah di mukabumi perlu difahami
sebagai memikul tanggungjawab
melaksanakan syariat Islam
sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah swt. Dari sudut pemahaman
sifat-sifat Allah melalui
nama-namaNya yang yang terkandung di
dalam Asma-ul-Husna, manusia perlu
mempunyai 'bayangan atau cebisan'
sifat-sifat Allah tersebut bagi
menjalankan tugas mereka sebagai
khalifah Allah di mukabumi. |

Biodata Prof Madya Wan Maseri Wan
Mohammad
|
Beliau bertugas sebagai pensyarah di
Fakulti Sistem Komputer dan
Kejuruteraan Perisian di Universiti
Malaysia Pahang (UMP). Beliau
memiliki Ijazah Sarjana Muda di
bidang Sains Komputer dari
University of Miami, Florida di
Amerika Syarikat. Telah berkeluarga
dan mempunyai lapan orang
cahayamata. Beliau juga telah
menulis e-book bertajuk:
Tips Menjadi Anak Cemerlang Melalui
Penghayatan Asma Ul Husna yang boleh
dimuat turun dari url:
http://www.scribd.com/doc/7695276/Tips-Menjadi-Anak-Cemerlang-Melalui-Penghayatan-Asma-Ul-Husna-2
|
|