|
|||
|
|
|||
| MINDA AL-FURQAN: Pemantapan Aqidah Menerusi Sains di Dalam Al-Qur'an | |||
| - posted on 29 Jun, 2009. | |||
|
|||
|
Di dalam al-Qur’an terkandung lebih kurang 750 ayat menyentuh tentang sains. Betapa ramai para ilmuan Barat yang akhirnya memeluk Islam setelah membaca al-Qur’an terutamanya tentang fakta-fakta sains. Ini menunjukkan Sains sebagai memberi bukti tentang kebenaran al-Qur’an dan Islam, dan bukti adalah sangat penting dalam berdakwah. Sains seharusnya mendapat tempat keutamaan di kalangan umat Islam hari ini untuk melayakkan mereka untuk memimpin dunia, seperti yang pernah dicapai pada kurun-kurun kecemerlangan Islam di mana tokoh-tokoh hebat seperti Ibn Sina, al-Khawarizmi, al-Biruni dan sebagainya. Keadaan di Malaysia menyaksikan peratusan yang sangat rendah bagi bilangan saintis bagi setiap 10,000 penduduk iaitu kurang dari 10 orang. Sementara di Singapura pula jauh lebih tinggi iaitu seramai 40 orang bagi setiap 10,000 penduduk. Dr Arif juga menyertakan beberapa contoh tentang keajaiban al-Qur’an yang dapat diringkaskan seperti di bawah: · Cabaran Allah swt supaya manusia mencari pembantu-pembantu supaya mencipta sesuatu serupa al-Qur’an, walaupun sekadar satu surah atau satu ayat. Cabaran ini telah gagal disahut sehingga ke hari ini. Walaupun Musailamah al-Kazzab pernah cuba menghasilkan satu surah seperti surah al-Fil, namum ianya jauh berbeza dan tiada membawa sebarang makna. Dan ada usaha mutakhir ini oleh golongan Kristian mencipta al-Qur’an palsu, tetapi ianya jauh meleset. · Susunan surah-surah di dalam al-Qur’an dan bilangan ayat apabila di plotkan pada graf akan menghasilkan kalimah Allah dan Muhammad.
· Bilangan dan susunan ayat yang seimbang antara surah yang genap dan ganjil serta bilangan ayat yang genap dan ganjil. · Kejadian alam dan galaksi yang mengembang, serta kejadian langit yang berlapis-lapis. Berbagai contoh-contoh keajaiban al-Qur’an dan fakta-fakta sains dari al-Qur’an yang boleh didapati dari blog Dr Arif seperti yang disertakan di bawah: http://pasakeedah.blogspot.com http://asiq-pasak.blogspot.com Sila layari blog beliau untuk mendapatkan contoh-contoh lain yang beliau sertakan. Fakta-fakta ini seharusnya dapat membantu dalam kerja-kerja dakwah kepada golongan non-Muslim dan juga mengukuhkan lagi aqidah mereka yang sudah Muslim. Whlm. |