Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah

Minda AF: Pembangunan Modal Insan - Dr Fadhil Hassan - posted 28 Dec 2008  

   Program Minda Al-Furqan pada bulan ini telah berlangsung pada pagi Sabtu, 20 Disember sejurus selepas solat Suboh. Slot kali ini telah diisi oleh Imam Dr Fadhil Hassan dengan topik berkenaan Modal Insan. Pada perancangan asalnya,  slot kali ini sepatutnya diisi oleh Tuan Hj Muhammad bin Burok; di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pertukaran jadual telah dibuat beberapa hari sebelum tarikh program. Sedikit “komputer glitch” berlaku di awal program,  Walau bagaimanapun, Dr Fadhil telah memulakan sedikit pengenalan tentang topik ini dan pada waktu yang sama, masalah teknikal itu telah berjaya diatasi.

Dr Fadhil Hassan

 

Dalam introduksinya,  Dr Fadhil telah menyertakan contoh pengenalan revolusi “mass-manufacturing” melibatkan industri kereta di Amerika Syarikat. Pada permulaannya, industri pembuatan kereta melibatkan tenaga kerja secara tradisional di mana kadar penghasilannya sangat rendah dan menyebabkan harga yang sangat tinggi. Kesannya, kereta pada masa itu hanyalah mampu dimiliki oleh golongan bangsawan sahaja.

 

Apabila Frederick Taylor memperkenalkan teknik penghasilan industri secara besar-besaran hasil dari kajiannya tentang sains pembuatan, maka terhasillah kereta yang mampu dimiliki oleh golongan pertengahan. Walau bagaimanapun, model tenaga kerja pada ketika itu adalah pada tahap yang rendah. Persepsi yang negatif oleh pihak pengurusan terhadap tenaga kerja menghasilkan system “kuku besi” dalam industri dan kawalan yang melampau terhadap kebebasan pekerja.

 

Frederick W. Taylor (1856-1915)

 

Peredaran masa dan kesedaran terhadap kepentingan peningkatan hasil tenaga kerja yang bersikap positif telah mengubah persepsi pihak pengurusan pada hari ini. Pembentukan Modal Insan telah diberikan keutamaan kerana para pekerja adalah dianggap aset paling berharga bagi sesuatu institusi.

   

 

Penekanan akan kepentingan Modal Insan juga dapat dilihat dari ungkapan beberapa tokoh dan pertubuhan tempatan dan antarabangsa. Di antaranya yang disertakan adalah seperti berikut:

"The second thrust of the National Mission is to raise the country's capacity for knowledge, creativity and innovation and nurture 'first-class mentality'. Malaysia's future success depends on the quality of its human capital, not only in terms of intellect but also character."                                                                   Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi March 31, 2007

“Malaysia Needs World Class Human Capital…………..”  Dr. Mahathir, October 28, 2003 

“Human capital is becoming an increasingly important component of modern economies. Human capital represents the skills and knowledge that all of us in the workforce possess and utilise in our working lives”                                                BENT Business Network, 2007

 

 

Sebagai contoh akan sebuah organisasi yang memberikan tumpuan yang tinggi kepada kualiti modal insan, Dr Fadhil telah mamainkan rakaman video tentang sebuah syarikat bernama IDEO yang merupakan salah sebuah syarikat mereka-bentuk produk. Konsep bebas dan terbuka yang diamalkan oleh syarikat tersebut terhadap pekerjanya jelas dari konsep ruang pejabat yang unik; setiap pekerja diberi ruang dan berekreatif, memiliki kebebasan untuk mengatur ruang kerja masing-masing.

 

 

Dalam sessi video yang dibentangkan, syarikat ini telah diberikan tugas khas oleh stesyen TV ABC untuk merekabentuk troli yang digunakan di pasaraya. Mereka diminta untuk menghasilkan prototype dalam masa 5 hari dan telah berjaya melakukannya dengan mengamalkan teknik kerja yang innovatif. Setiap ahli perbincangan telah pergi sendiri ke pasaraya untuk membuat pemerhatian dan menerima maklumbalas. Setiap masalah akan menerima cadangan pembaikan dan setiap cadangan direkodkan dan dinilai bersama. Keputusan terakhir akan rekabentuk adalah terhasil dari perbincangan dan penilaian berkumpulan. Illustrasi hasil kerja mereka dalam tempoh lima hari adalah seperti di dalam gambar.

 

 

Kembali ke situasi di Malaysia hari ini, beberapa cabaran yang menghalang perkembangan modal insan perlu dikenalpasti dan diatasi dengan segera dan secara serius. Antara cabaran-cabaran yang dibincangkan secara ringkas adalah termasuk:

         Taraf ekonomi dan pendidikan yang rendah bagi sebahagian rakyat

         Keruntuhan akhlak, sikap negatif, dan sikap malas

         Penekan ibubapa kepada kejayaan akademik sahaja

         Tidak suka atau takut kepada perubahan dan berpandangan sempit

         Pembudayaan ilmu yang lemah

         Pengaruh sifat perkauman yang kuat

Cabaran-cabaran berikut adalah sukar untuk ditangani secara berkesan tanpa pemahaman dan tekad untuk melakukan perubahan. Walaubagaimanapun, langkah permulaan perlu diambil iaitu memahami dan mengakui hakikat sesuatu masalah. Adalah diharap program kesedaran sebegini mampu untuk membuka sedikit ruang pemikiran bagi para hadirin dan dapat melakukan sesuatu tindakan ke arah kebaikan tidak kira sekecil mana. Dan memulakan kepada ahli keluarga sendiri adalah keutamaan, selari dengan gesaan agama yang mengutamakan permulaan dakwah kepada ahli keluarga terdekat. Whlm.

 

SAF2008 Powered by NetMyne