|
Sejarah Penubuhan dan Pembangunan Surau Al-Furqan
Sewaktu
kumpulan perintis Puncak Alam Fasa 2
menduduki rumah mereka pada tahun 2001/2002,
tiada kemudahan surau atau tempat ibadat
umum disediakan di Fasa 2. Kepada mereka
yang ingin solat berjemaah, mereka terpaksa
pergi ke Fasa 1 terutama pada bulan Ramadhan
untuk bersolat Tarawih.
|
Pada
penghujung tahun 2002, Badan Hal
Ehwal Islam di bawah Persatuan
Penduduk Puncak Alam Fasa 2 (PPPAF2)
telah berjaya mengusahakan sebuah
surau sementara dan membentuk sebuah
jawatankuasa penaja. Dan di atas
ikhsan tuan punya rumah yang tidak
diduduki pada masa itu, sebuah rumah
satu tingkat lot tepi di Lorong
Naluri Sukma 8/24 telah dipinjamkan
untuk dijadikan sebagai surau
sehingga selesai pembinaan surau
yang kekal.
Penggunaan surau sementera tersebut
telah berjalan selama lebih kurang 4
tahun sebelum terbinanya surau kekal
di Lot PT 4832, Jalan Naluri Sukma
8/1 bertentangan dengan kawasan
rumah kedai. Proses pembinaan surau
kekal tersebut bermula pada
penghujung tahun 2005 dan
berlanjutan sehingga pertengahan
tahun 2006 dengan menelan belanja
sebanyak lebih kurang RM400,000 bagi
melengkapkan fasa pertama pembinaan
yang merangkumi dewan utama solat,
bilik pejabat, bilak air, dan
kemudahan berwudhuk.
Kos
pembinaan dibiayai dari dana yang
dikutip dari ahli qariah, sumbangan
majlis agama negeri, sumbangan
badan-badan perniagaan dan ahli
korporat, dan lain-lain lagi. |
|
 |
|
Surau sementara di Lrg
Naluri Sukma 8/24 |
|
 |
|
Surau Al-Furqan dalam
pembinaan |
|
Pembinaan
struktur utama telah dilaksanakan oleh pihak
kontraktor luar yang dilantik, tetapi di
atas beberapa masalah teknikal, fasa
penyudahan telah dilaksanakan oleh
kontraktor dalaman dengan dibantu oleh ahli
qariah secara gotong royong bagi memastikan
kemudahan dapat digunakan pada bulan
Ramadhan tahun tersebut.
Proses
penaik-tarafan dan binaan tambahan
berterusan pada tahun-tahun berikutnya yang
melibatkan pembinaan sayap kanan dan sayap
kiri, dan kemudiannya diikuti dengan
pembinaan gerai, kolam wudhu', dan
penambahan-penambahan kecil bagi menampung
beberapa keperluan lain.
Surau Al-Furqan
juga telah mendapat kebenaran sementara dari
Jabatan Agama negeri untuk untuk mengadakan
solat Jumaat bermula pada September 2008.
 |