|
Hujung
minggu 9 dan 10 Mei lepas, penulis
telah menyertai program anjuran
persatuan penduduk di Zon GAPi. Satu
kelainan kali ini, selain dari
program bercuti yang telah diadakan
hampir pada setiap tahun, kali ini
jawatankuasa penganjur telah mencuba
aktiviti baru iaitu Treasure Hunt
atau dalam bahasa Melayu dipanggil 'Memburu
Harta Karun'.
Sebelum ini, penulis tidak
berpeluang untuk melibatkan diri
dalam aktiviti Treasure Hunt
disebabkan kesempitan masa walaupun
sangat berminat. Tapi kali ini,
terdapat sedikit kelapangan masa dan
terasa ingin mencuba bakat.
Soalan-soalan yang disediakan adalah
hasil idea seorang ahli persatuan
yang kerap terlibat dalam acara ini.
Bagi menyesuaikan program ini kepada
para peserta yang rata-rata adalah
muka baru dalam aktiviti sebegini,
soalan-soalan yang direka adalah
kebanyakannya pada tahap 'beginner'.
|

Para peserta bergambar sebelum
memulakan ekspedisi. |
|
Peserta mula berkumpul dan mendaftar
diri seawal jam 7:00 pagi. Setiap
kenderaan yang terlibat telah
diberikan pelekat yang memaparkan
nombor penyertaan yang perlu
ditampal pada kenderaan. Selepas
selesai bergambar, pengembaraan pun
bermula. Sasaran pertama adalah
kawasan rumah kedai di Fasa 2.
Sebanyak 10 soalan yang perlu
diselesaikan dikawasan tersebut yang
melibatkan kawasan dua deret kedai.
Seterusnya pengembaraan disambung
dan peserta bergerak secara konvoi
ke kawasan rumah kedai di Shah Alam
2. Sebanyak 7 lagi soalan yang perlu
diselesaikan sebelum kembara
diteruskan ke lokasi percutian di
Teluk Kemang.
Selain
dari jawapan-jawapan yang perlu
dicari dipapan-papan tanda, peserta
juga perlu menyelesaikan teka-teki
harta karun yang perlu dicari untuk
diserahkan kepada urusetia. Selain
dari itu, beberapa soalan berbentuk
pengetahuan am perlu dijawab untuk
mendapat markah tambahan.
|

Deretan kereta yang mengambil
bahagian mula bergerak secara konvoi |
|
Lokasi
terakhir pencarian harta karun ialah
di kawasan tapak pasar malam di Batu
4, Port Dickson sebelum peserta
menuju lokasi percutian.
Pada
sebelah malamnya, jawapan kepada
setiap persoalan diberikan semasa
acara makan malam. Pemenang dan
markah setiap peserta telah
diumumkan dan juga acara pemberian
hadiah kepada para pemenang telah
berlangsung. Pihak resort juga telah
menyumbangkan hadiah kepada tiga
peserta terbaik.
Secara
peribadi, penulis amat tertarik
dengan aktiviti treasure hunt ini
kerana bukan saja menguji minda
peserta tetapi juga sangat sesuai
dijadikan aktiviti kekeluargaan.
Memenanginya mungkin satu bonus
tetapi ianya juga menggalakkan
semangat kerjasama dikalangan ahli
kumpulan terutama ahli keluarga yang
mengambil bahagian. Kesesuaian tahap
soalan dengan kemahiran peserta
adalah juga penting bagi memberi
kepuasan kepada mereka yang
mengambil bahagian.
Moga
aktiviti sebegini boleh diteruskan
dan mungkin satu hari nanti, Surau
Al-Furqan pula boleh menganjurkan
program sebegini yang mana
soalan-soalannya mungkin sedikit
berbeza bagi menyesuaikan dengan
bidang kemahiran para peserta.
whlm.
-
Ruz885 - |

Ahli keluarga bekerjasama mencari
jawapan pada papantanda di
kedai-kedai sekitar Puncak Alam dan
Shah Alam 2 |