Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah
 

Temasya Sukan PASTI Little Ikhwan (Posted: 20 Julai, 2008)    

Acara tahunan ini telah berjalan dengan lancar atas kerjasama sebahagian ahli qariah Fasa 2 yang melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program yang dirancang. Persediaan padang telah bermula seminggu sebelum tarikh temasya sukan tersebut dan disambung pada beberapa hari sebelumnya bagi memastikan keadaan padang sesuai untuk acara yang akan dijalankan.

 

 Sebahagian acara memerlukan peralatan yang terpaksa dicari oleh penganjur di sekitar Puncak Alam. Persediaan terakhir dibuat sehari sebelum temasya di mana lopak-lopak berair ditimbus dan garisan trek dibuat.

Disebabkan perlatan yang telah siap sedia dipasang sehari sebelum temasya, sekumpulan ahli sukarela diperlukan untuk berjaga sepanjang malam untuk memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Untuk menghiburkan para petugas, sekumpulan AJK  telah bersama-sama melaksanakan aktiviti BBQ di padang. Malam itu kami dihidangkan dengan ikan keli, pari, kembung, ayam, dan kerang (terliur).

 

Temasya itu telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI negeri Selangor. Sebanyak 10 acara untuk pelajar telah dilangsungkan.  Acara pertama iaitu acara wajib bagi setiap tahun iaitu acara Komando Aulad bagi pelajar lelaki 6 tahun di mana berbagai rintangan disediakan untuk menguji kecergasan pelajar. Beberapa AJK padang telah diarahkan untuk membantu para guru dalam mengndalikan acara-acara padang.

 

Bagi ibubapa, sebanyak tiga acara disediakan selepas tamat acara bagi pelajar. Instant Model memerlukan ibu berkejar-kejaran dalam "treasure hunting". Acara Family PR pula menguji daya ingatan para peserta. dan terakhir, acara tarik tali antara AJK dan para bapa. Sekali lagi, AJK tewas kepada pasukan Bapa dengan "straight set".

 

Menjelang tengahari, cuaca mula berubah dengan tiupan agin kencang dan tanda-tanda kedatangan hujan.

 

Acara penyampaian hadiah disegerakan untuk memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan selepas program sebelum turun hujan.Juara keseluruhan pada tahun ini jatuh kepada rumah Kuning dengan prestasi yang cemerlang.

Selain dari acara sukan dan ibubapa, majlis diceriakan dengan peraduan teka gula-gula dalam balang dan acara cabutan bertuah. Sebanyak 13 hamper barangan dan beberapa barangan lain telah disumbangkan oleh para penaja yang terdiri dari unit perniagaan sekitar Puncak Alam dan orang persendirian. Terima kasih di atas sumbangan anda.

 

Pihak pengurusan juga tidak lupa untuk merakamkan penghargaan diatas sumbangan pihak-pihak yang terlibat terutama para sukarelawan, para guru, dan lain-lain.

 

SAF2008 Powered by NetMyne