Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah

SURAU AL-FURQAN DALAM PEMBESARAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN   (posted 18 Ogos,2008)            - oleh Imam Hj Halim

Bersempena dengan sambutan Bulan Ramadhan 1429H yang akan tiba, Lajnah Pembangunan dan Keindahan Surau Al-Furqan telah memulakan perlaksanaan kerja-kerja pembesaran ruang solat dan menyediakan kemudahan-kemudahan lain bagi menampung jumlah jema’ah yang dijangka bertambah. Kerja-kerja tersebut telah dimulakan pada 21hb Julai 2008 yang lalu dan dijangka siap sebelum bulan Ramadhan ini.

Kemudahan-kemudahan baru yang disediakan di SAF adalah seperti laluan pejalan kaki khas untuk muslimat dilengkapi lampu jalan,tangga-tangga  baru untuk memasuki kawasan surau,kedai,kolah untuk berwudhuk,ruang memasak,tempat meletak kereta (penceramah dan imam bertugas) dan tempat meletak motorsikal. Diharapkan, kemudahan-kemudahan ini akan memberikan lebih keselesaan kepada para jema’ah.

Pihak surau juga amat mengalu-alukan apa jua bentuk sumbangan,samada dalam bentuk wang ringgit,alat-alat binaan,bahan-bahan binaan dan sebagainya dalam merealisasikan sebuah surau yang selesa dan diimarahkan.Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Bendahari, Pengerusi, atau kepada mana-mana AJK SAF, atau terus Bank-In ke akaun Bank Islam atas nama Surau Al-Furqan (Akaun No: 12038010055293). Semoga ianya akan menjadi suatu amal jariah yang berkekalan,InsyaALLAH.