|
||
|
|
Penduduk Puncak Alam tubuhkan pusat operasi RT

ROHAIDA (kanan) menyerahkan sijil watikah pelantikan ahli Rukun Tetangga kepada Khim Boon di Bandar Puncak Alam Fasa 2, kelmarin.
SEPAKAT. Penduduk Bandar Puncak Alam (BPA) Fasa 2,
Seksyen U10, Shah Alam sepakat menubuhkan Pusat
Operasi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan itu
bagi memudahkan penduduk untuk berkumpul bagi
membincangkan masalah setempat.
Pengerusi KRT BPA Fasa 2, Liew Khim Boon berkata, melalui pusat operasi itu, kira-kira 6,000 penduduk di situ boleh menjalankan mesyuarat dan mengadakan perbincangan mengenai aktiviti setempat.
Perasmian pusat operasi tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor, Rohaida Abdul Kadir dalam satu majlis ringkas kelmarin.