Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota KuliahBerita Puncak Alam
Hari Keluarga GAPi- posted 26 April, 2009

Pada hari Sabtu 4 April yang lalu, para penduduk di Zon J (GAPi) telah mengadakan acara tahunan Hari Keluarga. Program tahunan yang telah bermula sejak tahun 2005 telah berjaya diadakan pada setiap tahun kecuali pada tahun 2008. Program yang pada asalnya adalah sebahagian dari aktiviti semasa bercuti di pusat peranginan telah diubah kepada program di dalam kawasan untuk memberi peluang supaya lebih ramai ahli dapat mengambil bahagian. 

Program yang dirancang rapi selama beberapa minggu adalah di bawah gabungan dua biro iaitu Biro Keharmonian dan Biro Sukan. Pada waktu pagi, acara sukaneka telah dijalankan melibatkan beberapa acara keluarga dari kanak-kanak berumur dibawah 7 tahun hingga kepada ibubapa. Antara acara yang menarik yang sempat dijalankan termasuk “Treasure Hunt”, “Mak Andam”, “Bom Air”, “Galah panjang”, “Bola dalam kain”, “Bowling Padang”, “Carpet Ajaib”, “Pampers, Minum & Makan”, dan lain-lain lagi. Sebanyak 19 jenis permainan sempat dijalankan sebelum program berakhir.

Acara kanak-kanak di dawah 7 tahun.

Untuk menjayakan program itu, setiap keluarga yang mengambil bahagian telah memberi sumbangan yang ditetapkan. Beberapa penaja luar juga menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut. Sumbangan kewangan daripada ahli dan penaja adalah diperlukan bagi menampung kos khemah, peralatan, hadiah,  makanan, dan sebagainya.

Pada sebelah malam pula, majlis makan malam yang dibiayai sebahagiannya dari dana dana terkumpul dan sebahagiannya lagi adalah disediakan secara “potluck”, sebagai tambahan kepada menu utama yang disediakan. Para penyumbang juga telah bermurah hati untuk menyumbangkan hamper dan hadiah-hadiah untuk “lucky draw”. Hadiah utama berupa tiket penerbangan pergi balik ke Jakarta.

 

Main bolatampar ke bola kain batik?

Program Hari Keluarga adalah antara program terbesar tahunan yang menjadi kayu pengukur kepada prestasi AJK yang dilantik. Selain itu, program-program kecil lain termasik “Cuti-cuti Gapi”, “Sambutan AidilFitri”, “Program Ramadhan”, dan Gotong Royong pada setiap 2~3 bulan. Dengan mengadakan berbagai aktiviti, adalah diharapkan permuafakatan dan kerjasama di kalangan penduduk sentiasa pada tahap yang membanggakan.

 

 

 

- Ruzz885 -

Acara kanak-kanak 7~12 tahun.