| |
Ceramah Perdana
GAPi -
(Posted: 20 Julai, 2008)
Satu ceramah khas telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Zon J
(GAPi) bertujuan untuk mengumpul dana sebagai sumbangan kepada Rumah Anak Yatim al-Munirah,
Klang dan juga membantu pelajar kurang bernasib baik KAFA Fasa 2.
Penceramah jemputan ialah Ustaz Halim Din yang bertugas di Lembaga Zakat
Selangor dan sekarang menetap di Sungai Buloh. |
| |
 |
Program
bermula sejurus sebelum solat Maghrib. Para peserta yang terdiri
dari para penduduk berdekatan telah menyempurnakan solat Maghrib
secara berjemaah di kawasan lapang padang Zon J. Selesai solat,
program tahlil ringkas dan doa yang diketuai oleh Imam Rosli.
Sementara menanti waktu solat Isya', mereka yang terlibat
menjamah makanan yang disediakan secara bergotong royong dan
juga pot luck. Program utama hanya bermula selepas selesai solat
Isya'.
Sementara menunggu kehadiran penceramah, para hadirin telah
dihidangkan dengan persembahan nasyid yang terdiri dari kumpulan
nasyid dari KAFA Fasa 2 bimbingan Ustazah Rosazlina yang
mendendangkan beberapa buah nasyid.
|
|
| |
|
Para pelajar yang lengkap dengan pakaian
khas berwarna merah muda. Persembahan seterusnya adalah dari
anak-anak GAPi yang juga mendendangkan beberapa buah nasyid.
Mereka khabarnya telah mula berlatih selama beberapa minggu
sebelum tarikh program. Program ini asalnya dijadualkan pada
5 Julai telah terpaksa ditunda atas sebab pembatalan oleh
penceramah undangan.
Ustaz Halim Din
akhirnya tiba sekitar jam 9:30 malam dan program disambung
dengan bacaan doa oleh Imam Rosli sebelum ceramah bermula.
|
 |
|
| |
Ustaz Halim yang berusia awal 30-an
bertugas sebagai pegawai di Lembaga Zakat Selangor dan sering ke udara
di Selangor FM. Beliau menetap di Sungai Buloh, yakni berjiran dengan
Bandar Puncak Alam. |
| |
 |
Memulakan ceramah
yang bertajuk "Masyarakat Idaman Dari Perspektif Islam",
beliau mula-mula menyentuh tentang bulan Rejab, bulan yang
dikaitkan dengan peristiwa Isra'-wal-Mi'raj dan tentang
kefardhuan solat. Peringatan tentang umat Islam yang menjadi
umat pilihan selagi mereka melaksanakan amal ma'ruf dan nahi
mungkar.
Masyarakat yang beriman dan
bertakwa akan mendapat keberkatan sebagaimana yang
diterangkan di dalam al-Qur'an. Beliau juga menyentuh
tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW meninggalkan Mekah
yang dicengkam oleh kebobrokan dan kebejatan sosial bagi
menubuhkan sebuah daulah Islamiah di bumi Yathrib.
|
|
| |
 |
Asas
utama dalam pembentukan masyarakat Madani adalah terdiri
dari tiga elemen. Pertama adalah aqidah yang lurus dan
mantap. Selama 13 tahun perjuangan Baginda SAW di Mekah
demi memantapkan aqidah umat Islam. Walaupun selepas
tempoh yang begitu lama, jumlah umat Islam ketika itu
adalah dalam lingkungan 100 orang (ataupun kurang).
Kesan
ketiadaan wahyu selama lebih kurang 500 tahun sebelum
kelahiran Baginda SAW menyebabkan kesesatan yang
melampau di kalangan umat manusia. Tugas Baginda SAW
adalah untuk membasmi unsur-unsur jahiliyah dan
menggantikan dengan aqidah Islamiah Rabbaniah. |
|
| |
Perkara kedua ialah beragama
berteraskan ilmu. Islam adalah agama yang bersumberkan wahyu dan setiap
yang berkait dengan agama perlukan kepada petunjuk dari yang empunya
syariatiaitu Allah swt. Setiap perkara memerlukan dalil dari al-Qur'an
dan as-Sunnah sebagai sumber asal, dan bukan sekadar ikut-ikutan.
Perkara yang ketiga ialah akhlak. Dalam sebuah hadith
sahih Nabi SAW menekankan bahawa tujuan utama Baginda SAW diturunkan
adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Betapa pentingnya akhlak dan
betapa Baginda SAW sangat serius dalam menekankan perkara ini. Ustaz
Halim juga banyak menyelitkan tentang kegawatan akhlak di kalangan umat
Islam, statistik keciciran solat, dan juga kisah Sufiah yang terjerat ke
kancah maksiat. Secara
keseluruhan, penyampaian Ustaz Halim bertenaga dan mampu mengekalkan
minat para hadirin sehingga ke akhir ceramah. Selitan isu-isu semasa dan
jenaka membuatkan hadirin seperti digam pada kerusi masing-masing.
Program ceramah tamat sekitar jam 11 malam. Penulis berharap, Ustaz
Halim akan datang lagi ke Puncak Alam bagi pengisian program samada
kelolaan persatuan penduduk atau atas undangan Surau al-Furqan. |
| |
SAF2008 Powered by NetMyne |