|
||
|
|
||
| Manusia yang didoakan oleh malaikat - posted 26 April, 2009 | ||
|
PERCAYA
kepada malaikat adalah antara rukun iman.
Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada
makhluk manusia dan sudah tentu seseorang
yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan
rohani dalam menghadapi ujian yang kian
mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat
sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin
menyenaraikan antara jenis manusia yang akan
menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28) Ketika
kita menghadapi masalah, kerumitan,
keperluan dan bimbingan, bukan saja kita
perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi
juga sokongan malaikat. 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37) 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469) 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130) 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272) 5.
Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika
seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 6.
Orang yang duduk di tempat solatnya selepas
melakukan solat. 7.
Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar
secara berjemaah. 8.
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa
pengetahuan orang yang didoakan. 9.
Orang yang membelanjakan harta (infak). 10. Orang yang sedang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519) 11.
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang
sakit. 12.
Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada
orang lain.
- Ruz885 - |