Laman Utama  

Majlis Penyerahan Watikah Surau Daerah Kuala Selangor  - 26 Mac, 2011 

Pada hari Sabtu 26 Mac 2011 yang lalu, bersamaan dengan 21 Rabiul Akhir 1432H, telah berlangsung satu majlis penyerahan watikah kepada semua surau dan masjid di dalam daerah Kuala Selangor, untuk ahli-ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2010-2012.

Majlis anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor tersebut telah dilangsungkan di masjid Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang dengan secara amnya melibatkan semua surau dan masjid di dalam jajahan Ijok, Jeram dan Sungai Burung. Majlis bermula dengan sesi pendaftaran wakil-wakil surau dan masjid mulai jam 6.00 petang, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah. Selepas solat Maghrib, diadakan acara tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Rozali Ibrahim (adinda kepada Allahyarham Ustaz Asri Rabbani) sehingga masuk waktu Isyak.

Selesai solat Isyak, majlis penyerahan watikah pun bermula dengan didahului oleh bacaan ayat-ayat suci AlQuran yang dialunkan oleh johan Qari dan Qariah peringkat Kuala Selangor, bagi tahun 2011. Selesai bacaan ayat-ayat suci Al Quran, Orang Besar Jajahan Kuala Selangor telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan watikah kepada semua wakil-wakil surau dan masjid yang hadir. Surau Al Furqan telah diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Zakaria Mustafa. Di samping surau Al Furqan, wakil dari surau-surau dan masjid jiran kita di sekitar Puncak Alam juga turut berada di dalam majlis tersebut, antaranya Masjid Felda Bukit Cerakah, Surau Ar Rahimiah Fasa 1, Surau At Taufiqiah Shah Alam 2, dan surau-surau dari Fasa 3.

Majlis akhirnya tamat pada pukul 10 malam selepas wakil terakhir menerima watikahnya. Selepas itu, peserta/wakil semua diraikan dengan jamuan makan malam sebelum bersurai.

* Laporan disediakan oleh Sdr Haslan bin Hanafiah (Timb Bendahari SAF)

La concurrence entre les maisons de courtage a donne lieu a le compte de demonstration forex forex recherches sont necessaires avant l'ouverture d'un compte de trading et de depot grande variete de plates-formes de negociation