|
|
Program Saringan Kesihatan Mata oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Optometri UiTM - 26 Disember, 2010
Pada 26 Disember 2010 bersamaan hari Ahad yang lalu, satu program Saringan Penglihatan Mata telah berlangsung di Surau Al Furqan, Puncak Alam. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-pelajar Optometri dengan kerjasama Jabatan Optometri UiTM dan ahli jawatankuasa Surau Al Furqan, Puncak Alam. Antara objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan mata serta mendidik ahli jemaah surau beserta penduduk sekitar mengenai pelbagai kondisi dan masalah mata. Program ini secara tidak langsung juga dapat mewujudkan hubungan kerjasama serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar UiTM Puncak Alam dengan komuniti penduduk Puncak Alam. Seramai lebih kurang 25 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tahun tiga dan tahun empat program Optometri telah mengambil bahagian dalam program ini di samping ahli jawatankuasa surau yang bertungkus lumus menyediakan tempat dan logistik bagi melancarkan perjalanan program. Sambutan yang diberikan untuk program ini amat positif di mana penduduk sekitar serta jemaah surau tanpa mengira status dan peringkat umur telah datang beramai-ramai bagi menjalani pemeriksaan bagi mengetahui status kesihatan mata masing-masing. Antara aktiviti yang diadakan adalah pengambilan riwayat perubatan serta kesihatan mata penduduk, pemeriksaan tahap penglihatan, pengesanan masalah juling, pemeriksaan anak mata serta fungsi otak dan otot mata , pemeriksaan kesihatan bahagian belakang mata seperti urat serta salur darah pada mata dan juga konsultasi secara individu oleh pelajar tahun akhir program Optometri. Aktiviti pameran juga diadakan bagi menyalurkan maklumat berkaitan fungsi dan peranan optometri dan juga masalah – masalah berkaitan mata yang selalu dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia. Saringan penglihatan mata ini secara tidak langsung memberi peluang kepada para penduduk untuk mengetahui status kesihatan mata mereka serta pengesanan awal berhubung masalah mata serta peluang untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut beserta rawatan dan terapi secara percuma di Klinik Optometri UiTM yang terletak di UiTM Kampus Puncak Alam di mana segala pemeriksaan yang dijalankan adalah secara percuma menggunakan alat-alat berteknologi tinggi yang biasanya hanya terdapat di sesetengah hospital kerajaan. Klinik Optometri UiTM ini sebenarnya mula dibuka di Puncak Alam sejak setahun yang lalu di mana pelbagai klinik berkaitan kesihatan dan penjagaan mata diwujudkan seperti klinik pemeriksaan primer, klinik kanta sentuh, klinik penglihatan terhad, klinik penglihatan binokular dan klinik mata pediatrik. Walaupun program ini hanya dijalankan dalam skala kecil, diharapkan di masa akan datang program yang dengan skala lebih besar dapat diadakan di Surau Al Furqan ini dengan penglibatan lebih ramai penduduk Puncak Alam beserta pelajar-pelajar serta kakitangan UiTM dari pelbagai program lain supaya komuniti di sini dapat lebih berkembang dan amalan kesihatan serta hubungan antara penduduk dan para pelajar dapat dipertingkatkan. Akhir kalam, “Next to life is the gift of sight given by Allah Himself”. Oleh itu, menjadi satu keperluan bagi semua individu memastikan mereka mendapat pemeriksaan kesihatan mata secara intensif, berkala dan berterusan bagi pengesanan awal kesalahan refraksi dan pelbagai masalah penglihatan yang lain. Sesungguhnya, pengesanan awal mampu mengelakkan masalah yang lebih memudaratkan pada masa hadapan. Wallahualam… Koleksi gambar boleh dilihat di link Facebook Surau Al Furqan di link ini.
- ruzz2010 - |
La concurrence entre les maisons de courtage a donne lieu a le compte de demonstration forex forex recherches sont necessaires avant l'ouverture d'un compte de trading et de depot informations de premier ordre sur le monde du Forex