Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah
Program Sumbangan Kepada Ahli Qariah Yang Memerlukan         (Posted: 1 November, 2009)    

Sepanjang Ramadhan yang lalu, sebuah tabung khas telah disediakan khusus bagi membuat kutipan bertujuan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan yang menetap di qariah Fasa 2. Sebuah unit khas di bawah Lajnah Rekreasi dan Kebajikan telah ditugaskan untuk menyediakan senarai mereka yang layak untuk menerima bantuan. Mereka yang terpilih kebanyakannya sedang menghadapi kesukaran akibat kehilangan pekerjaan ataupun saraan keluarga yang tinggi berbanding dengan pendapatan masing-masing.
 

 
Sejumlah 21 keluarga telah dikenalpasti sebagai layak untuk menerima bantuan pada tahun ini. Terdapat sedikit penurunan dari sudut angka berbanding dengan tahun lepas (40 keluarga) kerana dimaklumkan sebahagian dari yang menerima bantuan pada tahun lepas telah mengalami sedikit peningkatan dalam kedudukan kewangan masing-masing kerana telah mendapat kerja dan sebagainya.
   
 

Hasil kutipan kali ini telah berjaya diagih-agihkan kepada keluarga-keluarga yang telah dikenalpasti. Sessi penyerahan bantuan telah dilangsungkan pada hari Ahad, 25 Oktober yang lalu sejurus selepas solat Isya'. Ustaz Saedal yang hadir pada sessi tersebut lantaran beliau adalah penceramah yang kebetulannya dijadualkan memberi kuliah pada malam tersebut. Setiap penerima telah mendapat sejumlah wang tunai dan juga dua kampit beras bagi setiap keluarga. Pada tahun lalu, penyerahan bantuan telah dibuat di rumah penerima. Tetapi pada kali ini, proses penyerahan dibuat di surau bagi memudahkan proses penyerahan.

   
 

Program ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Selain membuat kutipan derma melalui tabung-tabung di surau, Lajnah Kebajikan juga menyediakan khidmat mengedarkan kutipan fidyah kepada golongan miskin.

-Ruz '08-

 

SAF2009 Powered by Mesrahosting