Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah
Perlaksanaan Program Ibadah Korban 2009          (Posted: 1 Dec, 2009)    

Program ibadah korban bersempena sambutan Eidul Adha 1430H telah berlangsung dalam suasana serba sederhana. oleh kerana Eidul Adha jatuh pada hari Jumaat, program korban telah ditangguh sehingga pada hari Tasyrik pertama bagi memberi ruang masa yang cukup untuk menyempurnakan kerja penyembelihan, melapah, dan membungkus daging untuk tujuan pengagihan.

   
 

Kos bagi satu bahagian lembu adalah sebanyak RM390. Jumlah korban pada kali ini adalah sebanyak 6 ekor lembu dan seekor kambing. Sementara aqiqah pula melibatkan seekor lembu dan seekor kambing.

Program bermual seawal jam 7:30 pagi, dimulakan dengan penyembelihan kambing dan disusuli dengan sembelihan lembu aqiqah sebelum keenam-enam lembu korban diuruskan.

Hasil kerjasama ahli qariah, kerja-kerja sembelihan, melapah dan membungkus daging telah selesai menjelang masuk waktu zohor. Para sukarelawan kemudiannya dijamu dengan masakan sup tulang dan kari kambing dari bahagian aqiqah.

 

Pada malam sebelum program korban dan aqiqah, program ceramah agama telah diisi oleh Ustaz Heryanto membincangkan permasalahan korban dan penelitian tuntutan  ibadah korban. Selain menyentuh tentang betapa pentingnya penglibatan setiap dari mereka yang mampu, beliau juga menyentuh dengan terperinci mengenai prosedur pembahagian daging korban samada korban wajib (nazar) ataupun korban sunat. Beliau juga menekankan tentang larangan menjual daging korban dalam bentuk upah kepada penyembelih, tukang lapah, dan para sukarelawan. Perkara ini penting untuk diberi perhatian oleh pihak surau sebagai pemegang amanah. Mengkhususkan bahagian tertentu kepada petugas adalah dikira menjual dari bahagian korban yang boleh merosakkan ibadah tersebut. Artikel lengkap mengenai permasalahan ini boleh dibaca di sini.

   
 

Pada masa-masa akan datang, wajar diadakan sessi taklimat khas kepada para petugas bagi mengingatkan tentang kepentingan memahami tuntutan syarak dalam pengendalian ibadah korban bagi mengelakkan sebarang pelanggaran hukum yang boleh merosakkan ibadah korban. whlm.

 

-Ruz '09-

 

SAF2009 Powered by Mesra Hosting