|
Program seumpama ini adalah yang
julung-julung kali diadakan di
peringkat kawasan Puncak Alam
yang melibatkan surau-surau, KAFA,
dan tadika di Puncak Alam. Sokongan
yang positif dari pihak yang
dijemput terutama dari Fasa 3 adalah
sangat menggalakkan. Antara objektif
utama yang ingin dicapai dari
program sebegini selain meningkatkan
kesedaran dan kesyukuran terhadap
sumbangan yang diberikan oleh
junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
ia dalah juga sebagai "channel' bagi
meningkatkan ukhuwwah di kalangan
qariah-qariah di seluruh
Puncak Alam.
Fokus
pengisian, selain dari ceramah agama
yang dilangsungkan selepas solat
Suboh dan ditutup dengan sebuah lagi
ceramah pada sebelah malamnya,
adalah melibatkan golongan remaja
dan kanak-kanak. Ini adalah salah
satu kaedah yang dirasakan dapat
menarik lebih ramai dari golongan
ini untuk mendekati surau ataupun
masjid. |

Kontinjen dari Surau Hj Ismail Fasa
3 |
Berbalik
kepada program pengisian, selepas selesai
kuliah Suboh, acara pembukaan adalah
merupakan acara perarakan yang mana
penyertaan adalah bagi surau-surau yang
terdapat di seluruh Puncak Alam. Di antara
yang mengambil bahagian adalah Surau Al-Furqan
sebagai tuan rumah, Surau Hj Ismail Fasa 3,
Surau Al-Falah Fasa 3, dan Surau Nur-Hijrah
Fasa 3. Perarakan itu juga disertai oleh
KAFA Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3. Walaupun
peserta diuji dengan hujan renyai-renyai
sepanjang pagi, namum mereka bertekad untuk
terus melakukan perarakan seperti yang telah
dirancang.
Jarak
perarakan dianggarkan sekitar satu kilometer
lebih bermula dari padang rekreasi Zon GAPi
menuju ke jalan utama dan bergerak ke Lorong
Naluri Sukma 8/1 sebelum melencong masuk
melintasi di hadapan surau menuju ke kawasan
lapang disebelah dewan orangramai Fasa 2.
Selepas
berehat sejenak sambil menjamu hidangan pagi,
upacara pembukaan oleh Pengerusi Surau Al
furqan di-langsungkan secara ringkas sebelum
acara pertandingan bermula. Antara acara
yang dijalankan adalah seperti berikut:
1)
Pertandingan azan (lelaki) peringkat
sekolah rendah dan menengah.
2)
Pertandingan hafazan (perempuan) peringkat
sekolah rendah dan menengah
3)
Pertandingan bercerita peringkat tadika
4)
Pertandingan Nasyid peringkat KAFA
|
Acara-acara yang dipertandingkan
telah dihakimi oleh juri atau hakim
undangan dari luar (berkecuali).
Acara terakhir adalah acara nasyid
yang melibatkan penyertaan dari tiga
KAFA. YB Dzulifli Ahmad yang
merupakan Ahli Parlimen Kuala
Selangor telah tiba untuk
menyaksikan acara ini sebelum beliau
menyampaikan ucapan amanat Maulidur
Rasul dan merasmikan program pada
hari itu. Kemudian beliau telah sudi
menyampaikan hadiah kepada para
peserta yang memenangi acara
masing-masing. Program pada pagi dan
tengahari diakhiri dengan jamuan
makan sebelum disambung semula untuk
program ceramah pada sebelah
malamnya.
Selain
dari pengajuran acara-acara yang
dipertandingkan, pihak komiti juga
bertungkus lumus malakukan
persediaan stage dan juga dari segi
jamuan. Bagi menampung sajian pada
hari tersebut, seekor lembu yang
agak besar telah dijadikan sebagai
aqiqah untuk menjamu para tetamu.
Pihak pengurusan makanan telah
mengerah tenaga dan bersengkang mata
untuk memastikan para tetamu dapat
dijamu dengan sebaiknya. Tahniah
diucapkan kepada AJK dan sukarelawan
yang terlibat. |

YB Dr Dzulkifli Ahmad menyampaikan
amanat dan merasmikan program. |
Secara
keseluruhannya, program perintis ini
membuahkan hasil yang diharapkan iaitu
penyertaan dari surau-surau dari Puncak Alam
walaupun sebahagian surau tidak dapat
menyertainya kerana menjalankan aktiviti
masing-masing. Penglibatan golongan remaja
dan kanak-kanak juga sangat memberangsangkan
dan ini diharap agar berterusan sehingga
setiap mereka menjadi tetamu tetap surau di
kawasan masing-masing.
Untuk
melihat foto-foto sepanjang program, sila
lawati galeri foto
di sini.
|