Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah

Program Maulidur Rasul 1432H, Surau Al Furqan Puncak Alam Fasa 2  - 19 Feb, 2011 

Majlis yang diadakan ini adalah anjuran bersama Surau Al Furqan, Bandar Puncak Alam dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kemuncak Program Sambutan Maulidur Rasul ini adalah pada 16 Robi’ul Awal 1432 Hijrah, bersamaan dengan 19 Feb 2011.

Program sambutan ini telah bermula pada seawal tarikh kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 12 Robi’ul Awal 1432 Hijrah, bersamaan dengan 15 Feb 2011, di mana program yang melibatkan kanak-kanak dan remaja telah dijalankan,iaitu pertandingan Bolasepak Futsal, pertandingan mencari bakat Imam Muda dan Bilal Muda. Sambutan dari golongan ini sangatlah menggalakkan di mana 3 orang bakat Imam Muda dan Bilal Muda dapat dicungkil, manakala beberapa pemain bolasepak telah disenarai pendekkan untuk mewakili Surau Al Furqan dan Fasa 2, Bandar Puncak Alam untuk pertandingan-pertandingan di peringkat selanjutnya. Apa yang lebih menariknya, program ini telah diwar-warkan di dalam program Malaysia Hari Ini(MHI) secara langsung dari Studio B,TV3 bermula pada pukul 8.00 pagi, di mana buat pertama kalinya wajah Pengerusi SAF Ustaz Haji Zakaria Mustaffa, Ketua Lajnah Promosi Hj.Muhammad Faisal Ismail dan wakil UiTM Saudara Thaqif telah muncul di kaca television dan dipancarkan di seluruh Negara.

Pada hari kemuncak,program, iaitu pada 16 Robi’ulawal 1432 Hijrah,bersamaan dengan 19 hb.Feb 2011, bermula seawal pukul 7.30 pagi, peserta-peserta perarakan telah berkumpul di padang Zon Gapi. Seramai hampir 800 orang peserta telah mengambil bahagian dalam perarakan selawat ini, yang terdiri dari wakil-wakil  AJK dan pegawai Surau Al Furqan, pelajar-pelajar dan guru-guru KAFA Puncak Alam Fasa 2, wakil-wakil penduduk dari Zon Gapi, Zon C, Zon H, Zon A (Lavender), wakil PEKIDA, dan pelajar-pelajar serta kakitangan-kakitangan UiTM. Perarakan yang sejauh hampir 2 km tidak dirasai keletihannya kerana semangat cintakan Rasulullah yang diadaptasikan dengan laungan selawat. Sepanjang perjalanan, para peserta perarakan dikawal oleh anggota-anggota polis trafik dan sukarelawan-sukarelawan JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam). Sebelum memasuki premis SAF, perarakan telah disambut dengan paulan kompang oleh seramai 28 orang pelajar-pelajar SKPA2.

Pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari,  Program Forum Maulidur Rasul anjuran UiTM telah diadakan di dalam dewan utama SAF. Tajuk Forum adalah Rasulullah Pemangkin Ummah Harmoni ,di mana Ustaz Samsul Hakim Abd Samad bertindak sebagai moderator, manakala Profesor Madya Dr.Hj. Ghafarullah Bin Hj.Din dan Ustaz Azizee Hassan pula adalah ahli-ahli panel yang mengupas tentang kehidupan Rasulullah S.A.W dan impak pentarbiahan oleh  baginda kepada seluruh makhluk.

Program Hari Kemuncak Sambutan Maulidur Rasul ini diserikan dengan pameran-pameran yang disediakan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Pilihanraya, Polis Diraja Malaysia, Unit Pendidikan Kesihatan, Pusat Darah Negara dan Jabatan Optimetris UiTM Puncak Alam. Sambutan dari orang ramai sangat menggalakkan di mana seramai 64 orang telah menderma darah, 100 orang telah melakukan pemeriksaan kolestrol dan kencing manis dan 35 orang telah mendaftar sebagai Rakan Cop.

Di samping galeri-galeri pameran tersebut,sebanyak 40 buah gerai-gerai perniagaan telah dibuka seawal pukul 7.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam. Para penunjung dapat menikmati keenakan pelbagai makanan yang dijual di samping dapat melihat secara dekat model kereta Proton Inspira  dan pelbagai jenis pakaian dan peralatan harian yang dijual.

Secara amnya, program ini telah mencapai objektifnya, iaitu dapat mengeratkan tali silaturahim di antara seluruh penduduk dengan warga UiTM, di antara golongan remaja dengan dewasa, dapat memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga, memberikan ilmu-ilmu yang berkaitan Sunnah rasulullah dan yang penting ialah dapat melahirkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W yang menjadi idola sepanjang hayat yang seterusnya dapat melahirkan kehidupan ummah yang harmoni.

Wassalam

Mohd.Halim Bin Samian

Koleksi gambar boleh dilihat di link Facebook Surau Al Furqan di link ini.

 

 

- ruzz2010 -

La concurrence entre les maisons de courtage a donne lieu a le compte de demonstration forex forex recherches sont necessaires avant l'ouverture d'un compte de trading et de depot large eventail de plates-formes de negociation