Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota KuliahBerita Puncak Alam

Forum Khas Maal Hijrah oleh Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri - posted on 7 Dec, 2010

 

Program khas sempena kedatangan Maal Hijrah telah diisi oleh oleh tetamu istimewa dari USIM iaitu Dr Zulkifli al-Bakri. Beliau juga kerap ke udara di Radio IKIM.fm dan juga muncul di TV9 melalui rancangan “Tanyalah Ustaz”. Moderator program adalah Ustaz Shamsul Hakim, penceramah tetap Surau Al Furqan, juga dari USIM.

Dalam kupasan yang dibentangkan, ahli panel telah menjelaskan hijrah dari perspektif sejarah dan juga tuntutan hijrah dalam suasana hari ini. Hijrah adalah sunnah para anbiya’ sebagaimana para Nabi dan Rasul terdahulu telah berhijrah atau tujuan-tujuan tertentu. Antara tujuan utama hijrah Nabi SAW  adalah supaya Islam dapat direalisasikan secara menyeluruh.

Forum khas Maal Hijrah 1342H- Ust Zulkifli al-Bakri sebagai ahli panel dan Ust Shamsul Hakim sebagai moderator.

Dalam konteks hari ini, hijrah bagi setiap individu adalah perlu bagi memberi lonjakan dan keluar dari situasi selesa. Peristiwa hijrah juga merakamkan sumbangan besar Syaidina Abu Bakar as-Siddiq beserta ahli keluarganya dalam menjayakan misi tersebut.

Program ini telah berlangsung dalam beberapa sesi termasuk sesi soal jawab. Dalam menangani situasi kerajaan dan rakyat pada hari ini, beliau sangat menekankan betapa perlu usaha-usaha dakwah dipertingkatkan dan para ulama bercakap benar di depan para pemimpin. Contoh yang beliau berikan menekankan kaedah yang berkesan bagi menegur para pemimpin, sebagaimana yang tercatat di dalam al-Qur’an dan hadith Nabi SAW.

 

 

 - ruz2010 -

Lorsque l'operateur sont bien informes forex recherches sont necessaires avant l'ouverture d'un compte de trading et de depot commencer votre formation Forex