|
|
Lawatan ke Al-JenderamiPada hari Ahad, 4 Mei yang lalu, AJK Surau al-Furqan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Yayasan dan Madrasah al-Jenderami yang terletak di mukim Dengkil. Seramai 17 peserta telah mengambil bahagian. Tujuan utama lawatan itu adalah untuk melihat dengan lebih dekat operasi yayasan itu dan madrasah pengajian yang terkenal dengan pendekatan tradisional pondok. Perjalanan bermula pada lebih kurang jam 9:00 pagi dengan konvoi tiga kereta dan dua MPV mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit sebelum sampai ke lokasi yang terletak lebih kurang 10km dari pekan Dengkil. Rombongan kami disambut mesra oleh Pak Osman, seorang petugas "volunteer" bersama dua orang pembantu yang terdiri dari seorang Muslimin dan seorang Muslimah. Agak mengejutkan juga di mana petugas muda yang menyambut kami adalah bekas murid Pengerusi SAF semasa di UiTM Kuala Terengganu.
Setelah penat menjelajah kesekeliling kompleks, kami sempat bersolat zohor di Madrasah dan juga bergambar untuk kenang-kenangan. Disebabkan perut yang sudah lapar, rombongan kami terus menuju ke pekan Dengkil untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan pulang. Tapi, bukan setakat di sini, SAF dan YAJ akan terus berhubung dari masa ke semasa. whlm.
|
Il ya une abondance de maisons de courtage de detail offrant des tailles Forex compte au moins 100 $ forex recherches sont necessaires avant l'ouverture d'un compte de trading et de depot large eventail de plates-formes de negociation