|
|
|
|
| |
 |
|
|
| |
|
Seminar Keluarga Bahagia -
Posted 10 Nov, 2008 |
|
|
|
| |
|
Program ini adalah program
anjuran bersama di antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
dan Surau Al-Furqan yang julung-julung kali diadakan.
Matlamat program adalah untuk meningkatkan kesedaran di
kalangan umat Islam khususnya di daerah Kuala Selangor
tentang ciri-ciri penting keluarga bahagia bagi
mengurangkan masalah rumahtangga terutamanya yang
sehingga melibatkan laporan kepada pejabat agama daerah.
Pada asalnya, pakar motivasi telah dirancang untuk
mengendalikan program ini, tetapi di atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan, seorang penceramah dari JAIS,
iaitu Tuan Hj Alwi bin Parman telah dijemput untuk
menjadi penceramah.
|

Pengerusi
program bersama penceramah Tn Hj Alwi bin Parman semasa
ceramah berlangsung. |
Program ini
berlangsung selama lebih kurang 3 setengah jam bermula dari 8:30
pagi sehingga hampir masuk waktu Zohor. Program berhenti rehat
pada jam 10:30 pagi untuk jamuan ringan. Jumlah penyertaan
adalah menggalakkan walaupun terdapat aktiviti-aktiviti lain
yang berlangsung di sekitar kawasan terutamanya program penutup
bagi sesetengah tadika sempena hujung sessi persekolahan.
Seramai lebih 70 peserta berdaftar telah mengambil bahagian dan
penyertaan dari pihak Muslimat adalah lebih ramai berbanding
pihak Muslimin. |
| |
|
| |
Sessi ceramah telah dibahagikan
kepada dua. Sessi soal jawab pula disediakan setelah selesai
ceramah. Antara isi kandungan yang sempat penulis rakamkan
termasuklah perkara-perkara yang perlu diamalkan untuk
mengeratkan kasih sayang dan persefahaman, di antaranaya adalah
solat berjemaah bersama di antara suami dan isteri, bersalaman,
isteri memasak untuk suami, tidur bersama, menatap wajah
masing-masing, dan sebagainya. Bagi yang mengamalkan poligami,
keadilan adalah sangat-sangat dititik-beratkan. |
| |
|
| |
Sepanjang menyampaikan ceramahnya,
Ustaz Hj Alwi telah banyak menyelitkan kisah-kisah benar yang
telah sampai ke pejabatnya sebagai Pegawai JAIS yang melibatkan
pertelingkahan suami-isteri yang kebanyakannya melucukan. Semasa
sessi soal jawab, banyak soalan yang diajukan terutama dari
pihak Muslimat. Sehingga di penghujung program, soalan demi
soalan datang dari pihak Muslimat. |
| |
|
| |
Di penghujung program, Tuan Hj
Zainal Abidin, qadhi daerah Kuala Selangor telah sudi
menjalankan upacara penutup dan penyampain sijil dan saguhati.
Dalam ucapan penutupnya, beliau merakamkan rasa gembira dengan
kelancaran program. Sebagai program perintis di daerah Kuala
Selangor, keberkesanan program kali ini akan dijadikan kayu
pengukur samada ianya akan dilaksanakan di kawasan-kawasan lain
di dalam daerah Kuala Selangor. Majlis berakhir kira-kira
setengah jam sebelum masuk waktu Zohor bagi memberi ruang kepada
peserta menjamu selera sebelum bersolat...
|
| |
-/ruz/2008 |
|