| |
| |
|
|
Bersempena cuti
sekolah hujung tahun, sekali lagi Lajnah Kebajikan dan
Rekreasi telah menganjurkan program berkhitan
beramai-ramai. Selain memberi kemudahan kepada ibubapa
yang merancang untuk mengkhitankan anak mereka, program
ini juga membantu mengurangkan kos terutama kepada
ibubapa yang
ingin membuat sedikit majlis keraian. Bagi peserta
program ini, kos majlis keraian yang dikongsi bersama
dapat menghidangkan sedikit keceriaan kepada
para peserta yang akan menghadapi detik mencabar. Yuran penyertaan sebanyak
RM170 bagi menampung kos jamuan dan hiburan selain dari
caj yang dikenakan oleh pihak doktor. |

Acara makan beradap
bagi peserta berkhitan beramai-ramai. |
|
Pada malam sebelum program tersebut berlangsung, para peserta
bersama keluarga mereka menghadiri upacara khas yang
diadakan di surau. Atucara bermula sejurus selepas
solat Maghrib di mana upacara membaca Yaasin dan tahlil
sebagai doa selamat bagi mengisi ruang di antara Maghrib
dan Isya'. Selepas solat Isya' pula, solat hajat secara
berjemaah dilakukan, mengharapkan supaya program keesokan
harinya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan
atau masalah. Jamuan makan malam dan hidangan khas
telah disediakan bagi 35 peserta yang mengambil bahagian.
Mengisi ruang khas bagi upacara makan beradap, para
peserta yang lengkap berpakaian tradisional baju Melayu
diraikan juga dengan cenderahati dan hiburan yang
disediakan, juga
sebahagian dari program Malam Kesenian Islam.
|

Para peserta menanti
untuk di "mandikan" setelah selesai berarak. |
|
Pada penghujung persembahan nasyid,
giliran ibubapa pula membuat cabutan bagi menentukan
nombor giliran berkhitan bagi anak masing-masing. Anak kepada Sdr Zulraimi yang telah memberikan
persembahan cerita Nabi Yunus a.s. telah dianugerahkan
giliran pertama.
Pada awal pagi keesokan harinya, para peserta
yang lengkap berbaju Melayu telah bersedia untuk
diarakkan dan melalui upacara mandi beramai-ramai.
Kerjasama dari pihak bomba menyaksikan kanak-kanak yang
terlibat dimandikan dengan semburan air paip bomba
sehingga setiap dari mereka basah kuyup dan kesejukan. |

Peserta dimandikan
sebelum menjalani proses berkhitan. |
Untuk memudahkan pengurusan dan mengelakkan
masa menunggu yang lama, para peserta telah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan, dan sebahagiannya dibenarkan pulang dahulu
dan diminta datang semula
pada masa yang telah ditetapkan. Kerja-kerja mengkhitan
dijalankan oleh dua orang doktor berpengalaman di dalam dua bilik yang berasingan.
Setiap peserta mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Teknik "clamp" telah digunapakai bagi memudahkan kerja. Kesemua
35 orang peserta telah berjaya menjalani proses berkhitan
sekitar jam 12 tengahari. Syukur kehadrat Allah swt, segalanya
berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak
dikehendaki.
. --Sekian-- |