Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah
     
 
FUTSAL Perpaduan Fasa 2- Posted 21 Jun, 2009
 
 

Pada hari Ahad yang lepas (14 Jun), Lajnah Remaja Surau Al-Furqan dibawah bimbingan Saudara Naza dan penasihatnya Imam Rosli telah berjaya menganjurkan pertandingan  Futsal persahabatan bagi kariah Fasa 2. Antara objektifnya selain menggalakkan aktiviti riadah, juga untuk memupuk ukhuwwah di kalangan ahli kariah Fasa 2.

Pertandingan tersebut telah berlangsung di gelanggang Futsal GAPi, bermula sekitar jam 9 pagi. Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian dan pasukan-pasukan dibentuk berdasarkan zon perumahan dan juga kumpulan remaja. Di antara zon perumahan dan kumpulan remaja yang terlibat adalah:

  • Zon C

  • Zon Lavendar

  • Zon G (Melia)

  •  Zon H (Papa Club)

  • Zon J (GAPi)

  • Zon K

  • Remaja Zon K

  • Remaja Surau Al-Furqan

Para peserta mendengar taklimat sebelum perlawanan bermula.

Program dimulakan dengan sedikit taklimat tentang peraturan pertandingan oleh Sdr Naza dan juga bacaan doa oleh Imam Rosli. Saudara Shaharudin telah bertugas sebagai pengadil perlawanan sepanjang pertandingan. Setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit, iaitu 5 minit bagi setiap separuh masa. Perlawanan pembukaan melibatkan pasukan Papa Club dan GAPi. Pertandingan dijalankan secara liga pada peringkat awal dan juga kalah mati bagi menentukan penyertaan ke final.

Minuman disediakan di sepanjang program berjalan, dan hidangan ringan juga disediakan sewaktu program berhenti rehat. Acara sepakan penalti kepada kanak-kanak di bawah 11 tahun berlangsung sebagai acara selingan. Seramai 20 kanak-kanak telah mengambil bahagian, dan pihak penganjur telah menyediakan 10 hadiah bagi acara ini.

Perlawanan pembukaan di antara team Papa Club menentang GAPi FC.

Pertandingan final melibatkan pasukan dari Zon K dan Papa Club yang mana akhirnya dimenangi oleh Papa Club. Acara penyampaian hadiah telah berlangsung di penghujung program. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Sdr Faisal yang juga salah seorang imam Surau al-Furqan. Program tamat sekitar jam 1:00 tengahari.

Sekalung tahniah kepada Lajnah Remaja SAF di atas usaha mempelbagaikan aktiviti bagi menarik penglibatan lebih ramai ahli qariah. Diberitakan, program seterusnya adalah pertandingan bola tampar 4 sebelah yang dijadualkan pada hari Ahad, 12 Julai nanti. InsyaAllah, kita berjumpa lagi di sana.

Ke Galeri Foto

 

Juara pertandingan yang merangkul piala pusingan - Papa Club.