|
|
KURSUS KESEMPURNAAN
SOLAT BERJEMAAH (IMAM DAN MAKMUM):
oleh Imam Hj Halim
Pada
Hari Ahad, tanggal 24 Rejab 1429 H,bersamaan dengan 27 Julai 2008,
pihak Lajnah Dakwah dan Pendidikan Surau Al-Furqan(LDPSAF) telah
mengendalikan Kursus Kesempurnaan Solat Berjemaah. Kursus yang pada awalnya
dirancangkan untuk dikhaskan kepada para Imam telah diperluaskan kepada
semua jema’ah/peserta bagi manafa’at bersama. Ini juga adalah kesinambungan
kepada Kursus Kesempurnaan Solat yang telah berjaya dikendalikan dan
mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan jema’ah/peserta sebelum ini.
|
Seramai 65 orang peserta,terdiri dari muslimin, muslimat dan golongan
remaja telah menghadiri kursus yang julung-julung kali diadakan di Surau
Al Furqan. Penceramah yang mengendalikan kursus ini adalah mantan Imam
Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam, iaitu Sheikul
Muqori Ustaz Hj.Othman Bin Hamzah. Kesudian beliau untuk memenuhi
undangan LDPSAF sangat dihargai memandangkan kesibukan beliau sekarang
yang menjadi penceramah bebas sepenuh masa dan masih meneruskan
pelajaran di Jordan. Pengalaman beliau yang luas sebagai penceramah,
guru agama dan ketua Imam ternyata amat memudahkan beliau menyediakan
nota-nota kursus dan menyampaikannya secara berkesan |
 |
|
Kursus ini telah dibahagikan kepada tiga sesi:
Sesi pertama (9:00 pagi-10.30 pagi)-
Sesi kedua ( 11.00 pagi -12.45 petang)
–
Sesi ketiga (2.10 ptg -3.30 ptg )
-
|
 |
|
Dari maklumbalas yang
diperolehi dari para peserta, kebanyakan mereka sangat berpuas-hati
kerana terdapat banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dan dapat
diperaktikkan terus secara yakin. Banyak cadangan dikemukakan supaya
kursus-kursus seperti ini dijalankan lagi pada masa-masa yang akan
datang. InsyaALLAH, pihak LDPSAF akan sentiasa memikirkan untuk memenuhi
keperluan-keperluan ilmu untuk manafa’at bersama. Waullahu’alam.
|
 |
|