|
|
Kursus
Kesempurnaan Solat:
oleh Imam Halim
Pada
tanggal 19 Jamadilakhir 1429 Hijrah, bersamaan dengan Hari Ahad 22 Jun 2008,
pihak Surau Al-Furqan di bawah Lajnah Dakwah dan Pendidikannya telah
menganjurkan Kursus Kesempurnaan Solat,yang buat julung-julung kalinya
diadakan di Bandar Puncak Alam ini. Objektif kursus ini adalah untuk
memperbetul, memperbaiki, memperelok dan menyempurnakan ‘Ibadah Solat supaya
tuntutan Rukun Qolbi(Hati/Niat), Rukun Qouli(Bacaan), dan Rukun
Fi’li(Perbuatan) dapat dipenuhi. Di samping itu,para peserta kursus juga
didedahkan tentang kaedah untuk menunaikan ‘Ibadah Solat ketika di dalam
keadaan uzur dan ketika musafir.
|
Pada peringkat awalnya, pihak penganjur
hanya mensasarkan seramai 50 orang peserta sahaja, tetapi sebaik sahaja
pendaftaran dibuka pada pukul 8.30 pagi, jumlah peserta adalah seramai
120 orang, iaitu 68 peserta muslimin dan 52 peserta muslimat. Yang lebih
menggembirakan lagi adalah hampir 20 peratus dari jumlah keseluruhan
peserta kursus adalah dari golongan remaja. Secara ringkas,kursus telah
dibahagikan kepada tiga modul, seperti berikut:
1- Rukun Dalam Solat
- Kesempurnaan
Wudu’ dan Kesempurnaan Rukun (9.30 pagi-10.45 pagi)
Pembentangan
kertas kerja telah dilakukan oleh Ustaz Ghazali Omar dari Kuala Selangor. Di
antara inti-pati yang beliau tekankan adalah cara-cara yang betul
berwudu’(mengambil air sembahyang) yang memenuhi tuntutan Mazhab Shafie, di
samping mendedahkan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh sesetengah
jema’ah yang menyebabkan wudu’ mereka terbatal. |
 |
|
Beliau juga menerangkan tentang 13
rukun-rukun di dalam solat,di mana dari pecahan 13 rukun tersebut,1 rukun adalah
rukun Qolbi(niat solat),5 Rukun Qouli /Bacaan (mengucapkan takbirutihram,bacaan
Al-Fatihah,membaca tashahud akhir,mengucapkan solawat kepada Nabi dan
mengucapkan salam yang pertama) dan 6 Rukun Fi’li/Perbuatan(Berdiri
betul,ruku’,I’tidal,sujud,duduk di antara 2 sujud, duduk tashahud akhir dan
tertib).Untuk sebahagian Rukun Qouli,para peserta dapat bersama-sama ‘bertalaqqi’(membaca
bersama-sama) dengan Ustaz Ghazali.Secara umumnya,dengan pendedahan-pendedahan
yang agak terperinci,para peserta dapat mengetahui kesilapan-kesilapan yang
biasa dilakukan dan berusaha untuk memperbaikinya dan menambahkan ilmu di dada. |
 |
|
2 -Bagaimana Untuk Mendatangkan Khusu’ Dalam Solat (11.00 pagi- 12.45t/hari)
Pembentangan kertas kerja adalah Ustaz Rusli Ibrahim,salah seorang guru agama di
Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor.Merujuk kepada kitab karangan Imam
Nawawi,iaitu salah seorang ulamak dalam bidang Fekah dan Tasauf,di antara kaedah
untuk mendapatkan kekhusu’kan dalam solat adalah memahami makna setiap
bacaan-bacaan di dalam solat,bermula dari bacaan
takbirutulihram,fatihah,surah-surah dan sebagainya.Selain dari itu,kesempurnaan
dan kekhusu’kan akan mudah diperolehi dengan menunaikan tuntutan sunah-sunah
Rasulullah itu sendiri,iaitu solat secara berjemaah,solat pada awal
waktu,memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian,bersugi sebelum solat dan
sebagainya.
|
 |
|
3- Kaedah
Solat Ketika Uzur dan Musafir ( 2.45 ptg-4.30 ptg)
Pembentangan
dijalankan oleh Ustaz Ghazali Harun.Di antara inti-pati yang dapat
diambil adalah mengenai sebab-sebab keuzuran yang mengharuskan untuk
menunaikan ‘Ibadah Solat secara duduk,berbaring,menelentang atau
menggunakan isyarat mata.Para peserta juga dipertontonkan secara
langsung demonstrasi kaedah solat jika berlaku keuzuran untuk
mendapatkan pemahaman yang lanjut.Ustaz juga menerangkan sebab-sebab
diharuskan bertayammum,iaitu kaedah mengangkat hadas kecil dengan
tidak menggunakan air. Walaupun
masa yang agak terhad,para peserta dapat sedikit sebanyak ilmu yang
jarang diajarkan secara khusus ini dan kebanyakan dari mereka sangat
berpuas hati .Ini dapat membuka ruang kepada Lajnah Dakwah Dan
Pendidikan Surau Al-Furqan untuk menyediakan kursus tambahan yang
lebih terperinci pada masa-masa yang akan datang |
 |
Lawat Galeri Foto
|