|
|
| |
Kursus Kesedaran Pertolongan Cemas Di
Rumah - oleh Hj Razman (Posted: 20 Julai, 2008)
Program
Minda Al-Furqan bulan Julai ini adalah satu "awareness program"
atau program kesedaran tentang pertolongan cemas di rumah.
Program ini telah di adakan pada hari Ahad, 20 Julai 2008 di
Ruang Solat, Surau Al-Furqan. Moderator program adalah Razman
Abdul Karim dan penceramah adalah Dr. Khairizam, Pegawai
Perubatan daripada Jabatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan
Rahimah Klang dan dibantu oleh En. Salman, Pembantu Perubatan
daripada hospital yang sama. Seramai lebih kurang 30 orang,
yang majoritinya terdiri daripada kaum Muslimat, telah
menghadiri program tersebut. |
| |
 |
Program yang dijadualkan bermula pada 9.00 pagi telah bermula
pada lebih kurang jam 9.45 pagi disebabkan oleh sedikit masalah
teknikal. Dr. Khairi memberi penerangan melalui slide tentang
beberapa pertolongan cemas untuk kemalangan yang biasa terjadi
di rumah seperti :
a) Luka / pendarahan
b) Pengsan / Tidak sedarkan diri
c) Terbakar / Melecur
d) Tercekik
e) renjatan elektrik
Program berhenti sebentar untuk minum pagi pada jam 11.00
pagi dan bermula semula pada jam 11.15 pagi. |
|
| |
Sessi soal-jawab di adakan
sementara menunggu En. Salman menyediakan patung-patung untuk sessi
demonstrasi CPR (cardio pulmonary resuscitation). Dr. Khairi,
kemudiannya, menunjukkan cara-cara CPR dilakukan ke atas orang dewasa
dan kanak-kanak kecil. Oleh kerana masa yang amat terbatas, para
hadirin tidak sempat untuk mencuba membuat CPR ini ke atas patung-patung
tersebut. Program tamat pada jam lebih kurang 12.30 pm.
|
| |
|
| |
Secara keseluruhannya,
walaupun penyertaan ahli kariah kurang memberangsangkan,
penerimaan Muslimin dan Muslimat sangat menggalakkan
memandangkan soalan-soalan yang banyak diajukan kepada
penceramah. Para Muslimat juga telah menunjukkan minat untuk
mencuba melakukan CPR namun, oleh kerana masa tidak membenarkan,
mereka hanya dapat menyaksikan demonstrasi CPR itu sahaja. Tuan
Moderator telah mencadangkan kepada Tuan Pengerusi Surau agar
sessi yang sama di adakan pada waktu kuliah Maghrib untuk
mendapatkan lebih ramai penyertaan. Bagi mereka yang
benar-benar berminat, Tuan Moderator mencadangkan agar kursus
persijilan pertolongan cemas di adakan dan beberapa orang
daripada mereka itu diberikan kursus lanjutan hingga ke
peringkat jurulatih. Kursus-kursus ulangan nanti bolehlah
dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih ini tanpa melibatkan kos
kepada pihak surau.
|
| |
SAF2008 Powered by NetMyne |
|