|
|
Kursus Penyembelihan dan Penyediaan
Makanan Sembelihan Halal
Program ini telah
berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta melebihi 50
orang Muslimim dan beberapa orang Muslimat. Pihak JAIS
telah diwakili oleh Ustaz Safuan bin Nayan dan Encik Ahmad Solihin.
Selain peserta dari ahli qariah Fasa 2, peserta dari Shah Alam 2
dan seorang dari Ijok.
Pendaftaran peserta
bermula dari jam 8:30 pagi dan program bermula pada jam 9 pagi.
Modul pertama dibawa oleh Ustaz Safuan menyentuh secara
terperinci mengenai rukun dan cara sembelihan yang dituntut oleh
Islam.
 |
Selain menjelaskan kontent
yang disertakan di dalam handout, beliau juga banyak menyentuh
perkara-perkara dan tips-tips berdasarkan pengalaman peribadi beliau
yang telah terlibat dalam bidang ini untuk sekian lama. Beliau juga
sempat berkongsi pengalaman sewaktu beliau remaja. Sesekali, penyampaian
beliau diselitkan dengan insiden-insiden yang mencuit hati dan menghibur
peserta yang mendengar. Antara yang menarik adalah pengalaman beliau
menyembelih unta.
Setelah selesai
menyampaikan ceramah, beliau telah dihujani dengan berbagi pertanyaan
dari para peserta yang begitu ghairah untuk mendapatkan penjelasan
sehingga jumlah soalan terpaksa dihadkan untuk mengawal masa program. |
|
Selepas peserta dan
penceramah berehat untuk minum pagi, sessi ceramah disambung oleh Encik
Ahmad Solihin. Beliau menyentuh perkara-perkara berunsur teknikal dan
terkini di dalam proses penyembelihan terutama bagi negeri Selangor.
Selain dari menepati kehendak syariat Islam dalam menentukan status
halal sesuatu sembelihan, beliau banyak menyentuh aspek kebersihan dan
kesihatan. Perkara-perkara berkaitan penyebaran penyakit, virus, dan
sebagainya menjadi salah satu aspek penyeldikan yang dijalankan.
Beliau juga sempat
menyentuh mengenai teknik-teknik sembelihan komersil yang dilakukan
seperti teknik "stunning" menggunakan kejutan elektrik untuk menjadikan
haiwan supaya pengsan dan memudahkan proses penyembelihan. Beberapa
fatwa terkini juga dikongsi bersama peserta. |
|
 |
Modul terakhir adalah yang
paling dinanti-nantikan oleh para peserta di mana mereka akan berpeluang
menyaksikan demonstrasi dan juga mengabil bahagian untuk melakukan
sembelihan sambil diperhatikan oleh "Tuan Guru". Sedia menanti adalah
seekor kambing kacukan yang khas ditaja individu tertentu dan 14 ekor
ayam daging hidup yang ditempah khas dari Meru.
Aksi bermula denagn
penyempurnaan sembelihan kambing oleh Abang Hj Zaid, salah seorang
tukang sembelih di Fasa 2 yang pernah menyempurnakan korban lembu
sebelum ini. Seterusnya, seorang demi seorang mempamerkan kehebatan
masing-masing, dan seekor demi seekor ayam rebah menyembah bumi.
|
Program ini tamat sejurus
sebelum masuk waktu Zohor sementara Lajnah makanan tetap sibuk untuk
menguruskan kambing serta ayam tadi untuk memastikan semuanya akan terhidang
selepas kuliah dan solat Isya' pada malamnya. Sijil penyertaan masih lagi
didalam proses dan InsyAllah akan disampaikan kepada setiap peserta selepas
ianya siap ditandatangan.
Harapan pihak penganjur
supaya ada ilmu yang dapat dimunafaatkan oleh para peserta dan semoga ada
kesinambungan dalam program-program sebegini.whlm.
Lawat Galeri Foto
|