|
Kursus Haji Bersiri 2011
- 4 Julai, 2011
Majlis yang
diadakan ini adalah anjuran bersama Surau Al Furqan,
Bandar Puncak Alam dengan Universiti Teknologi Mara
(UiTM). Kemuncak Program Sambutan Maulidur Rasul ini
adalah pada 16 Robi’ul Awal 1432 Hijrah, bersamaan
dengan 19 Feb 2011.
Buat
julung-julung kalinya,Surau Al-Furqan dengan
kerjasama Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya telah
berjaya menganjurkan Kursus Haji Bersiri bertempat
di Surau Al-Furqan,Fasa 2,Bandar Puncak Alam.Kursus
selama 17 minggu,iaitu pada setiap Ahad,bermula
pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi,ini bermula pada
27 Februari dan berakhir pada 19 Jun 2011.
Kursus ini adalah
mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak
Lembaga Tabung Haji,di mana dari selain dari teori
dan praktikal Ibadah Haji dan Umrah,modul yang perlu
dipelajari oleh peserta-peserta Kursus Haji Bersiri
ini juga adalah mengenai Pengurusan Haji,Kesihatan
dan Permasalahan Wanita.
Sebagai pihak
urusetia yang mengendalikan kursus ini,pihak SAF
telah membentuk AJK Khas Kursus Haji seramai 17
orang, yang terdiri dari kalangan AJK-AJK SAF dan
beberapa orang ahli kariah SAF,diketuai oleh
Pengerusi SAF yang bertindak sebagai Penasihat ,manakala
Pengarah Kursus Haji pula adalah Timbalan Pengerusi
SAF.
Iklan melalui
paparan kain rentang(banner),laman web SAF,laman web
LTH dan hebahan di masjid dan surau sekitar Puncak
Alam telah berjaya menarik seramai 130 peserta,yang
terdiri dari 58 peserta lelaki dan 72 peserta
wanita.Peserta-peserta ini bukan sahaja
penduduk-penduduk di sekitar Puncak Alam,malah
melangkaui kawasan di sekitar Shah Alam dan
Subang,Penceramah Ibadah Haji yang dilantik oleh
pihak LTH ialah Ustaz Hj.Samsudin Bin Sidek,iaitu
salah seorang dari penceramah berpengalaman dalam
urusan berkaitan Ibadah Haji yang tidak asing di
sekitar Lembah Kelang .
Kemuncak kursus
adalah pada 19 hb. Jun,di mana peserta-peserta
kursus haji mengikuti Ibadah Qiamulail,yang dipimpin
oleh Ustaz Samsol Hakim Bin Abd.Samad pada pukul
4.30 pagi.Selepas Solat Suboh,program diteruskan
dengan sajian kuliah Suboh tentang Motivasi Haji
sehingga jam 7.30 pagi.Bermula jam 9.00 pagi, kursus
praktikal yang dibimbing oleh Ustaz Samsudin
dimulakan dengan praktikal Ibadah Wuquf,diikuti
dengan Mabit di Mudzalifah,Melontar 3
Jamrah,Bertahlul,Tawaf dan Sae’i.Kursus praktikal
ini berakhir pada pukul 11.00 pagi.Seterusnya majlis
penutupan rasmi kursus yang disampaikan oleh
Pengurus LTH Tanjung Karang,Selangor di samping
majlis penyampaian cenderahati dan sijil-sijil
penyertaan kepada peserta-peserta kursus.
Dari borang
maklum-balas yang diberikan kepada peserta-peserta
kursus ini, kebanyakan mereka menyokong kursus ini
diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.Oleh
yang demikian,kepada yang berminat untuk
menyertainya bolehlah menghubungi AJK Urusetia Haji
untuk pendaftaran awal.
No Nama
No Talipon
1. Encik Mohd.Asri Bin Adenan
012-6233751
2. Hj.Mohd.Halim Bin Samian
019-2298395
3. Hajjah Rohani Bte Yaziz
012-3400625
Disediakan oleh : MHS(26 Jun 2011) |