Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota KuliahBerita Puncak Alam

Program Khatan Beramai-Ramai 2010 di Surau Al Furqan - posted on 29 Nov, 2010

Para peserta bergambar bersama AJK Surau Al Furqan sebelum program dimulakan.

 

Sempena cuti sekolah yang panjang, para ibubapa akan mengambil kesempatan ini untuk mengkhatankan anak masing-masing. Pada tahun ini, sekali lagi Surau Al Furan menagmbil kesempatan untuk mengadakan program berkhatan beramai-ramai. Banner iklan program telah dinaikkan beberapa minggu sebelum program supaya ibubapa dapat mendaftarkan anak masing-masing .

Seramai dua orang doctor telah terlibat dalam program ini dan seramai 42 penyertaan telah diterima dan jumlah ini adalah yang terbesar yang pernah di kelolakan oleh pihak surau. Untuk merakamkan suasana program ini, pihak media juga telah diundang iaitu termasuklah TV3 dan akhbar Utusan Malaysia. Pihak Bomba juga telah diundang bagi memeriahkan lagi acara.

Program bermula seawal jam 7:45 pagi di mana para peserta telah diarak dengan pasukan kompang dan bunga manggar. Sejurus sebelum program khatan bermula, para peserta telah dimandikan dengan pancutan air bomba dan juga direndam di dalam kolam wudhu’. Sementara menunggu giliran masing-masing, tayangan video telah dibuat bagi mengisi ruang masa.

Pada malam sebelum program, sedikit majlis kenduri dan solat hajat telah dijalankan. Para peserta telah dihidangkan dengan jamuan khas. Cabutan giliran juga telah dibuat pada malam tersebut. Para hadirin telah dijamu dengan hidangan dari sembelihan aqiqah yang dijalankan pada hari tersebut.

Oleh kerana jumlah peserta yang agak ramai, program berkhatan kali ini berlanjutan agak panjang dan perlu disambung hingga selepas solat Zohor. Kajian akan dibuat oleh pihak penganjur bagi melicinkan lagi program ini pada masa-masa akan datang bagi menjamin keselesaan kepada para peserta dan ahli keluarga masing-masing.

whlm.

 

 - Ruz885 -

La concurrence entre les maisons de courtage a donne lieu a le compte de demonstration forex forex recherches sont necessaires avant l'ouverture d'un compte de trading et de depot commencer votre formation Forex