|
|
Kem Remaja Islam 2 (KRIM2), 2008 di kem
ALIM, Jugra - posted on 24 Ogos, 2008
by Moderator
Sekalung tahniah DAN TERIMAKASIH buat semua yang
terlibat dalam pengajuran dan penajaan program. Program yang
dirancang seawal bulan April akhirnya berjaya dilaksanakan
dengan lancar di atas sokongan semua pihak yang komited untuk
memastikan kesinambungan kepada KRIM-1 yang bermula pada tahun
lepas (2007).
Penglibatan pihak SMK Puncak Alam dalam
penganjuran dilihat memberi sumbangan yang tak ternilai dari segi pengalaman
penganjuran, sokongan kewangan, dan paling utama dalam memastikan penyertaan
pelajar dalam program yang dirancang. Ahli jawatankuasa program adalah terdiri dari
ahli qariah SAF dan para guru sekolah SMK PA.
Bermula dengan mesyuarat pertama pada 4
April, 2008 yang berlangsung di Balairaya Fasa2, sebanyak 10 mesyuarat telah
diadakan termasuk satu di SMK Puncak Alam, dan yang terakhir pada malam
sebelum program bermula.
Penyertaan kali ini sungguh menggalakkan di
mana 101 orang telah menyertai program yang terdiri dari 51 peserta
perempuan dan 50 peserta lelaki. Penyertaan yang menggalakkan adalah hasil
promosi yang dibuat di sekolah oleh para Ustaz dan Ustazah yang terlibat
sebagai AJK serta sokongan yang diberikan oleh Pengetua sendiri.
Program selama 3 hari 2 malam yang
berlangsung di kem Akademi Latihan, Innovasi, & Motivasi (ALIM), Jugra
mengandungi beberapa modul utama:
Pada program kali ini,
peserta diberi peluang untuk bermalam di dalam khemah memandangkan kawasan
perkhemahan yang terkawal dan terlindung dari bahaya persekitaran.
|
 |
Program ini telah
dirasmikan oleh Pengerusi Surau Al-Furqan dan ditutup oleh wakil SMK
Puncak Alam. Modul motivasi utama telah diisi oleh dua jemputan khas
iaitu Ustaz Zamri (Mari Mengaji,TV9) dan Kumpulan Nasyid Haikal.
Kedua-dua slot motivasi telah berlansung pada hari ke-2. Untuk modul LDK,
peserta telah dibimbing oleh para fasilitator yang terdiri dari para
pelajar IPT.
Program riadah diisi
dengan latihan di lapangan berhalangan (obstacle course), jungle
trekking, dan acara berakit. Acara berakit menggabungkan kreativiti dan
kerjasama peserta dalam pembinaan rakit dan kesungguhan serta kekuatan
fizikal dalam pelayaran merentasi tasik. Ciri-ciri keselamatan
diutamakan dalam acara ini di mana setiap peserta dilengkapi dengan
jaket keselamatan dan diberi taklimat khas. |
|
Di antara aktiviti-aktiviti minda
dan aktiviti-aktiviti lasak, modul khas "Night Walk" diselitkan
bagi menguji ketahanan mental para peserta, keyakinan kepada
diri dan tawakkal kepada Allah swt. Acara yang bermula selepas
2/3 malam ini memerlukan sekitaran gelap gelita. Pihak kem
diminta supaya memadamkan semua lampu di kawasan kem dan peserta
berjalan secara bersendirian berpandukan kepada cahaya bulan dan
lilin yang disediakan pada lokasi-lokasi yang ditentukan.
Mungkin disebabkan sebahagian peserta tidak pernah menempuhi
situasi sedemikian, ianya cukup memberi cabaran. Suara sahutan
burung pungguk dan unggas rimba sesekali menaikkan bulu roma,
hatta di kalangan AJK sendiri. |
|
|
Acara penutup telah
berlangsung pada hari Ahad, dilakukan oleh Ustazah Hajjah Fahriah selaku
wakil dari SMK Puncak Alam. Pemilihan kumpulan terbaik berdasarkan
kategori dan juga ketegori khas bagi peserta terbaik individu lelaki dan
perempuan, khemah terbaik, dan azan terbaik. Hadiah adalah dalam bentuk
hamper dan cenderahati barangan.
Secara keseluruhan,
para peserta berpuas hati dengan penganjuran kali ini. Peningkatan acara dan
kemudahan kem telah dapat memenuhi "expectation" yang meningkat
berbanding dari
tahun lalu. Cabaran buat pihak penganjur yang akan terlibat dalam
perancangan program pada tahun-tahun mendatang, selain memastikan
kelancaran penganjuran, sedikit sebanyak "expectation" dari peserta
perlu dipenuhi. Bagi penulis yang telah terlibat dalam program tahun
lepas dan tahun ini, mungkin sedikit perubahan atau pembaharuan perlu
difikirkan untuk mengelakkan pengisian yang "predictable" dan kejemuan
yang mungkin timbul
di kalangan peserta.
|
"Beriadah Sambil Belajar", Semoga bertemu lagi di
KRIM-3.
Lawat Galeri Foto di
Flickr.com
|