|
Pada Jumaat 22 Mei lalu, mengisi
slot kuliah Maghrib, Ust Ahmad
Tajuddin dari IMP telah sudi hadir
untuk memberi ceramah mengenai tajuk
makanan halal. Sedikit latar
belakang mengenai IMP atau Islamic
Manufacturing Practices, iaitu satu
komuniti Amalan Pengilangan Islam
yang lahir dari cetusan kesedaran
untuk mewujudkan satu piawaian
Halalan Thoyyiba dan jaringan
perniagaan berasaskan hukum-hukum
syarak Islam yang melibatkan
pengilang, pemborong, peruncit dan
pengguna.
IMP tidak hanya tertumpu kepada
pemasaran produk, tetapi juga
menfokus kepada pendidikan yang
bermula dari makanan yang halal lagi
baik dan kuliah agama bermula dengan
"kepentingan Syahadah".
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu
pengilangan, pemasaran, pengurusan
dan motivasi.
Tujuan Utama Komuniti IMP.
1.
Mewujudkan jaringan perniagaan
melalui sistem yang komprehensif dan
sistematik.
2.
Melaksanakan Jihad Ekonomi dan Fardu
Kifayah
3.
Strategic Marketing dan Smart
Partnership.
4.
Mempelbagaikan produk Halalan
Thoyyiba di pasaran dan
mengembangkan rangkaian pemasaran
borong dan runcit agar produk IMP
mudah sampai kepada pengguna.
5.
Penyaluran Maklumat mengenai produk
Halal dan pendedahan mengenai
kandungan bahan-bahan yang tidak
halal dan kontiminasi-kontiminasi
HARAM dalam makanan unat Islam serta
strategi musuh Islam dalam makanan
dan barangan kegunaan Ummah Islam
untuk melemahkan mereka secara
total.
Walaupun terdapat logo
HALAL
pada barangan makanan yang
dihasilkan oleh pengilang, tetapi
pengusahanya terdiri dari kalangan
non-Muslim. Umat Islam tidak harus
selamanya bergantung kepada golongan
non-Muslim untuk menyediakan makanan
kepada mereka. Hakikatnya
80%
makanan umat Islam disediakan oleh
pengusaha yang terdiri daripada
non-Muslim yang dikurniakan sijil
halal oleh pihak berkuasa. Menurut
pandangan IMP, standard yang ada
pada hari ini adalah tidak memadai
sebagai memenuhi tuntutan syarak
dari segi pemakanan Islam. Satu
standard/piawaian yang lebih
menepati tuntutan syarak sedang
diusahakan oleh IMP sebagai memenuhi
piawaian “HALALAN THOYYIBA”.
Dalam ceramahnya, Ust Ahmad Tajuddin
banyak menyentuh mengenai
contoh-contoh bahan yang tidak
menepati piawaian Islam dalam
barangan makanan, penjagaan diri,
dan barangan pengguna yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut
yang lebih terperinci, pengguna
disarankan untuk mendapatkan buku
yang diterbitkan oleh IMP samada
dengan menghubungi IMP sendiri
ataupun Lajnah Dakwah, Surau Al
Furqan. Buku tersebut berharga
RM22.00. Untuk maklumat lanjut, sila
layari laman sesawang IMP di
http://www.imp.my/index.html
Walaupun IMP memiliki kesungguhan
yang tidak dapat dinafikan, juga
memiliki kepakaran tertentu dalam
bidang ini, perkara HALAL dan HARAM
adalah suatu topik yang sungguh
berat kerana ianya adalah hak mutlak
Allah SWT dan kita perlu
berhati-hati sebelum menjatuhkan
sebarang hukum. Perkara sebegini
perlu juga dirujuk kepada para
fuqaha yang berkelayakan untuk
memastikan disiplin yang ketat
digunapakai sebelum sesuatu hukum
diputuskan.
whlm. |