|
||
|
|
||
|
Hukum Faraid: Antara Hukum dan Realiti - posted 26 April 2009. |
||
|
||
|
Ilmu Faraid adalah ilmu yang dikira agak sukar dalam syariat Islam dan diantara ilmu yang akan mula-mula hilang dari dada umat Islam. Di antara puncanya adalah dari sikap sambil lewa umat Islam terhadap kepentingan ilmu ini dan sikap suka bertangguh-tangguh. Antara point-point penting yang diingatkan adalah termasuk:
Di Malaysia pada hari ini, jumlah harta pusaka yang terkumpul dan gagal dibahagi-bahagikan telah menjangkau RM43 billion dan jumlah ini meningkat setiap hari. Kes-kes yang tertangguh dan gagal diselesaikan menjadi satu masalah yang besar yang hampir mustahil dapat diselesaikan terutamanya apabila bertangguh-tangguh. Masalah akan menjadi lebih rumit apabila ada waris yang meninggal dunia dan perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris yang baru. Antara salah faham atau kesilapan yang dilakukan oleh sipemilik harta boleh dibahagikan seperti berikut:
Di antara hikmah kaedah faraid adalah:
Selain memberi keterangan yang terperinci tentang ilmu faraid, peceramah juga menyentuh tentang kaedah hibah dimana sipemilik harta berkuasa sepenuhnya dalam pembahagian hartanya dan berlaku semasa dia masih hidup. Dalam konteks Malaysia pada hari ini, antara harta yang boleh dihibahkan adalah termasuk rumah, tanah, dan saham-saham syarikat. Dokumen hibah boleh ditukar oleh sipemegang harta kecuali harta yang dihibahkan kepada isteri/suami yang mana persetujuan sipenerima hibah adalah perlu bagi sebarang penukaran. Untuk mendapatkan nasihat terperinci mengenai topic ini, para hadirin disarankan supaya menghubungi Ustaz Jalaluddin sendiri di talian 013-3233191 ataupun melayari laman sesawang http://www.wasiyyahshoppe.com.my/.
|
