|
Sambutan dari penduduk di sekitar
Puncak Alam adalah sangat baik,
termasuk dari fasa-fasa berdekatan.
Faktor tarikan mungkin adalah dari
‘aura’ atau populariti para penalis
jemputan, ataupun bahang Ramadhan
sudah mula terasa. Program bermula
sejurus selepas solat Maghrib dengan
ucapan ringkas dari Pengerusi majlis
memperkenalkan moderator dan panelis
jemputan.
Dari
segi pengisian, Dr Rubiah banyak
menekankan tentang penanaman konsep
aqidah yang mantap kepada anak-anak
dan mengenal Allah. Permasalahan
kanak-kanak dan remaja berpunca dari
rumahtangga dan keluarga terutama
ibu dan ayah. Sementara Ustaz
Hishamudin telah menekankan
kaedah-kaedah pendidikan anak-anak
dan remaja bersandarkan Islam,
termasuklah penekanan tentang kaedah
berinteraksi dengan anak-anak
bergantung kepada umur mereka.
Tuan moderator juga sempat membuat
kesimpulan-kesimpulan berdasarkan
penyampaian para panelis di samping
menayangkan beberapa slot dari filem
P.Ramlee yang menjadi topik
perbincangan iaitu filem “Anakku
Sazali” yang begitu ‘evergreen’.
Seperti amalan biasa, forum
perbincangan dibuat dalam dua
pusingan dengan disediakan slot
terakhir untuk sesi soal jawab.
Keseluruhan program mengambil masa
lebih 2 jam. Sebahagian hadirin
sempat mengambil kesempatan untuk
bergambar dengan jemputan khas
selepas program berakhir. Sedikit
jamuan ringan disediakan kepada para
hadirin selepas program.
Petikan ceramah Dr Rubiah juga boleh
didapati dari posting terdahulu di:
Talkshow Nisa - Airmata Ibu
-
Ruz885 - |