|
|
| |
Rekke
ke Kem PULAPES ALIM di Jugra
(Posted: 26 Mei 2008)
Pagi
Ahad, sejurus selepas sarapan, seramai enam orang AJK KRIM-2
telah berangkat menaiki dua kenderaan menuju ke Jugra untuk
melihat dangan lebih dekat KEM PULAPES ALIM (Akademi Latihan
Innovasi dan Motivasi) yang
terletak di Kampung Permatang Pasir, Jugra, lebih kurang
10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Perjalanan kami
agak terganggu semasa melalui bandar Kelang disebabkan
penutupan jalan di sana-sini. Tempoh perjalanan
mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. |
| |
|
Kami tiba di
lokasi agak lewat dan disambut oleh dua orang dari pihak
pengurusan kem. Encik Azmi sebagai Timbalan Pengarah dan Encik
Hamiruddin, petugas kem. Cuaca mendung dan berangin menjadikan
kami agak selesa walaupun berada di sana pada waktu tengahari.
Kami terus
dibawa melawat kawasan sekitaran termasuk Balai Jati yang
terbuka menghadap kawasan letak kereta. Dewan ini sangat sesuai
untuk diadakan "briefing" kepada peserta sejurus mereka tiba ke
kem itu nanti.
|
 |
|
| |
|
| |
|
Kami
melintasi blok urusetia yang mana di belakangnya terdapat lokasi
bagi aktiviti "repelling" iaitu turun dari tebing tinggi
menggunakan tali. Nampak mencabar sungguh, kalau tak yakin, tak
payahlah nak cuba.
Bersebelahan
dengan blok urusetia, terletak dewan utama di mana aktiviti
dalaman akan berlansung. Bangunan yang diperbuat dan dihiasi
dengan binaan kayu itu mampu memuatkan lebih 100 orang peserta.
Kami juga sempat berbual dengan sebuah kontinjen lain yang
sedang membuat tinjauan di sekitar kawasan kem.
Seterusnya,
kami melangkah ke lokasi utama aktiviti iaitu sebuah tasik yang
sederhana besar terletak di kaki bukit batu. Dalam perjalanan ke
sana, kami melintasi kantin yang pada masa itu sedang dikerumuni
oleh peserta yang sedang menjalani program di kem tersebut. |
|
| |
 |
Perbincangan lebih
detail tentang aktiviti program berlangsung di tepi tasik.
Aktiviti utama yang disediakan di kawasan tasik itu termasuk
berkayak, rakit, dan Flying Fox. Memandangkan acara Flying Fox
akan memakan banyak masa, aktiviti rakit dan kayak akan
dipertimbangkan sebagai aktiviti pilihan untuk Kem Remaja nanti.
Bersebelahan
dengan tasik, terbentang padang rumput yang dijadikan tapak
perkhemahan peserta. bagi merealisasikan program perkhemahan,
peserta akan ditempatkan di dalam khemah dan bukan di dalam dorm
seperti pada tahun yang lepas. |
|
| |
|
Bagi acara
jungle trekking, peserta akan dibawa ke kawasan bukit di
belakang kem tersebut. Tempoh perjalanan yang ditawarkan
adalah samada selama 2 jam atau 4 jam, bergantung
kepada tempoh masa yang akan ditentukan oleh perancang
program.
Kami juga
sempat melihat kawasan "obstacle course" yang bersebelahan
dengan Balai Jati. Teringin juga mencuba melintasi "titi
bergoyang", tapi apakan daya, lutut tak sekuat masa muda.
Silap-silap, terjun kedalam air dan basah kuyup pula nanti.
Semasa
melintasi kawasan tersebut, kami juga ditunjukkan dengan
model liang lahad konkrit yang |
 |
|
| |
disediakan sekiranya ada
yang ingin mengadakan aktiviti sedemikian (Mungkin Tidak!). Dek hari
yang sudah agak lewat dan sebahagian dari kami ada perancangan lain di
sebelah petang, kami pun bersiap sedia untuk angkat kaki. Tapi perut
masing-masing dah lapar dan tekak pun dah dahaga, kami pun terus singah
di sebuah restoren yang terletak di Bandar Baru Banting. Kami pun order
Mee Bandung special, tapi punyalah lama tunggu sampai tumpeyek sebalang
hampir habis kami sental.
Hujan turun agak lebat
sejurus kami meninggalkan pekan Banting. Untuk mengelakkan dari
terperangkap di Bandar Kelang, terpaksa melencong ke Highway KESAS. Kami
tiba di Puncak Alam dalam sekitar jam 2:00 petang. |
| |
|
| |
Ruz2008, May 26. |
| |
SAF2008 Powered by NetMyne |
|