Laman UtamaMengenai KamiLajnahAktiviti Galeri FotoMinda Al-FurqanNota Kuliah

Bengkel Pengurusan Masjid oleh Fitrah Perkasa

Sebagai lanjutan kepada program yang hampir serupa yang dijalankan pada tahun lalu, kali ini sekali lagi program yang diwajibkan bagi setiap AJK Surau Al-Furqan dan wakil-wakil Zon bagi mempertingkatkan kualiti kerja dan komitmen setiap AJK yang dipilih atau dilantik bagi sessi 2007~2010. Program kali ini dikendalikan oleh Fitrah Perkasa sebagai konsultan, sebuah syarikat yang telah terkenal dengan pendekatan "Mukmin Professional".

Fitrah Perkasa telah diwakili oleh tiga orang fasilitator iaitu Tuan Haji Ahmad Salim yang terpaksa menggantikan Sdr Hasib yang tidak dapat menghadiri pada saat-saat akhir disebabkan kehilangan suara, juga oleh Encik Pahrol Mohd Juoi, seorang personaliti yang sering muncul di kaca TV sebagai moderator, juga seorang kolumnis yang biasa memenuhi ruang majalah. Dan yang terakhir adalah Ustaz Junaid bin Talip, seorang professional dan juga bertindak sebagai Pengerusi Surau al-Muttaqin di Rawang.

Modul program boleh dibahagikan kepada bebrapa modul asas:

  • Pengenalan konsep Mukmin Professional

  • Konsep kerja sebagai ibadah (2 modul)

  • Disiplin solat

  • Sikap dan Tujuan Hidup

Program dimulakan dengan memperkenalkan konsep Mukmin Professional. Rasulullah SAW sebagai model kepada umat Islam untuk dicontohi memiliki kehebatan bukan sekadar di dalam arena dakwah tetapi juga dalam beberapa profession seperti ahli perniagaan, komander perang, dan juga kepemimpinan.

Kecemerlangan sesuatu organisasi amat bergantung kepada dua faktor utama iaitu prestasi kerja dan kelakuan individu yang membentuk sesuatu organisasi. Kisah tiga orang pekerja kontrek memplaster dinding telah dijadikan contoh untuk membanding sikap pekerja terhadap kerja mereka.

Para peserta juga diperkenalkan dengan konsep ibadah sepenuh masa (24 jam) di mana pembahagian ibadah kepada tiga jenis iaitu "ta'abbudi, taqarrubi, dan amal soleh" merangkumi ibadah asas, ibadah sunat, dan ibadah umum. Penekanan khas telah diberikan kepada ibadah umum di mana dikaitkan dengan gerak kerja mengimarahkan institusi surau dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi sesuatu itu untuk diterima sebagai ibadah. Walaupun sebahagian konsep ini telah dipelajari oleh peserta dalam kursus-kursus sebelumnya, sebahagian pengulangan dapat menjana semangat baru dan meningkatkan kefahaman dah kemahuan.

Seperti biasa, setaip program SAF mesti ada makan-makan samada di surau ataupun kunjungan keluar. Dan tak sah kalau tak sentuh tentang bab ni. Tapi, program kali ini agak lebih special sebab para peserta telah dijemput  ke majlis "house-warming" di sebuah rumah di LNS 8/13. Banyak variety - nasi ayam, mee kari, pulut kuning, dan juga kuih-muih, rugu siapa tak datang. Dengan sedikit masa yang diperuntukkan untuk pulang ke rumah untuk mandi dan sebagainya, semua peserta telah diarah diminta untuk kembali ke surau pada pukul 7 petang untuk menyambung tazkirah solat

      

Menarik tazkirah yang bersemangat oleh Ustaz Junaid dalam memperjelaskan sunnah Nabi SAW dalam solat berjemaah, etika di surau dan masjid, dan keutamaannya. Beliau mengambil ruang tersebut untuk menegaskan tentang pentingnya sunnah melurus dan merapatkan saf sebagai pra-syarat bagi mendapat rahmat dari Allah swt. Penggunaan hadith-hadith sahih Nabi SAW dalam hujjah-hujjahnya memberikan keyakinan yang tinggi dan kesan yang mendalam. Memang benar, betapa sukarnya ingin memperbaiki permasalahan merapatkan saf di kalangan para jemaah tak kira di surau adan masjid mana. Masalah saf tidak rapat banyak dipengaruhi oleh sikap individu yang mementingkan keselesaan diri dan tidak mengendahkan peringatan demi peringatan yang diberi. Mungkin perlu ada kuliah umum yang perlu diberi kepada sekelian jemaah khas bagi topik ini semoga mudah untuk mengapplikasikannya apabila semua orang telah faham akan kepentingan sunnah ini, dan diharap Ustaz Junaid sendiri dapat hadir memberi penerangan.

 

Encik Pahrol menyambung modul "Kerja sebagai Ibadah" setelah selesai solat Maghrib. Sebahagian jemaah turut serta dalam mendengar kuliah yang disampaikan oleh beliah. Penekanan terhadap kualiti kerja dan topik "IKHLAS" diterangkan dengan mendalam. Menarik tentang hakikat ikhlas yang menjadi rahsia Allah SWT yang mana manusia sendiri tidak tahu akan tahap keikhlasan dirinya, apatah lagi ingin meneka keikhlasan orang lain. Konsep buat kerja sebaik mungkin dan mengharap dapat mencapai tahap ikhlas adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan peserta.

Dalam modul terakhir, Tuan Haji Ahmad Salim membawa modul khas bagi memastikan peserta mencapai sedikit sebanyak matlamat bengkel ini. Pendekatan tasawwuf dipergunakan dengan sepenuhnya dalam menjelaskan perkara berkaitan "Matlamat Hidup", beribadah hanya kepada Allah swt, dan bagaimana ianya membentuk sikap dan pandangan seseorang dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Ustaz Junaid sempat memberi analogi dacing tradisional dan dacing digital dalam memperbetulkan persepsi seseorang tentang pembahagian dunia dan akhirat.

 

 

Program ini tamat sejurus sebelum masuk waktu zohor dan peserta sempat menjamah makan tengahari sebelum bersolat. Walaupun kehadiran peserta agak tidak menepati sasaran, program ini telah berjalan dengan lancar. Adalah diharap program seperti ini pada masa akan datang dapat memastikan sekurang-kurangnya 90% penyertaan untuk mengelakkan penggunaan dana yang kurang effisen untuk membiayai program yang menelan belanja yang agak besar. whlm.

Lawat Galeri Foto