|
|
| |
Fenomena
Gerhana Matahari 2009
(Posted: 1 Feb, 2009)
Pada hari
Isnin 26 Januari yang lepas yang juga secara kebetulan jatuh
pada hari sambutan Tahun Baru China, masyarakat dunia telah
menyaksikan fenonema
Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin. Pada
ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan
akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu
mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke
sesebuah kawasan di Bumi. |
| |
|
| |
Di
dalam kes 26 Januari lalu, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana
pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding
saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan telah berada di
tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari kelihatan di
sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.
Di
Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa
sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh
Bulan. Di
Kuala Lumpur, lebih 1,000 warga kota serta pelancong asing menyaksikan
fenomena gerhana matahari separa sehingga kelihatan seperti 'matahari
sabit' di Planetarium Negara. |
| |
|
| |
Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen
Chen berkata, fenomena tersebut dapat disaksikan di seluruh
negara bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 7.00 malam.
Menurutnya, fenomena itu terjadi apabila bulan merentasi
matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz
ketara bulan yang lebih kecil daripada matahari. Program anjuran
Angkasa itu berfaedah untuk seisi keluarga serta berupaya
meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ilmu astronomi. ''Fenomena
ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kebenaran agama Islam
kerana perbezaan landasan bumi dan bulan telah diperjelaskan
melalui al-Quran sejak beribu-ribu tahun dahulu," komen seorang
peserta.
|
Pengerusi Eksekutif Aerospace Education Services Sdn.
Bhd., Sam Gibbs pula berpendapat, rakyat negara
ini mempunyai minat yang tinggi dalam bidang astronomi
dan ia merupakan petanda baik dalam perkembangan
industri tersebut di Malaysia. ''Angkasa melakukan tugas
yang baik untuk menyedarkan orang ramai mengenai
fenomena ini. ''Bagaimanapun ia perlu dipertingkatkan
lagi untuk memupuk minat yang lebih mendalam di kalangan
para pelajar," katanya yang turut membawa tiga
kanak-kanak tempatan dari sekitar Chow Kit ke program
itu.
Sementara itu, Chen Chen menambah, fenomena itu berlaku
ekoran kejadian Gerhana Matahari Anulus selama hampir
empat jam, bermula dari lautan India ke sebelah barat
Indonesia. |

Rakaman
gerhana yang diambil dari Planetarium, KL |
|
| |
|
| |
|
Katanya, di Sabah dan Sarawak, fenomena itu menyaksikan cahaya
matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai liputan
maksimum 82.6 peratus, sementara ibu kota hanya sebanyak 64.1
peratus. Kali terakhir gerhana seumpamanya dilihat di Malaysia
ialah pada 2002 dan dijangka berlaku lagi pada 15 Januari 2010.
Sementara itu, National Eclipse Tracking Team (NETT) telah
menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena
Gerhana Matahari Cincin ini. Seramai lebih 50 orang lain team
NETT dari Malaysia telah berkampung di tapak berhampiran Rumah
Api Anyer untuk merakamkan fenomena yang menarik ini.
|

Gerhana
cincin yang dirakamkan dari Anyer, Indonesia |
|
| |
|
| |
Sementara di Puncak Alam Fasa 2, fenomena gerhana matahari dihadapi
bersandarkan kepada sunnah Nabi SAW di mana dianjurkan supaya mengadakan
solat sunat gerhana. Menurut sunnah Nabi SAW, solat ini boleh dilakukan
secara sendirian ataupun secara berjemaah di surau atau di
masjid-masjid. Dan sekiranya dilakukan secara berjemaah, juga disunatkan
untuk mengadakan khutbah sesudah selesai solat. Di dalam kuliahnya
minggu lepas, Ustaz Zainal Abidin dari Pejabat Qadhi Kuala Selangor
telah mengingatkan ahli qariah Fasa 2 untuk tidak meninggalkan amalan
sunnah ini. Beliau juga memberitahu teks khutbah gerhana juga telah
disediakan oleh pejabat Agama Islam daerah untuk dibacakan kepada orang
ramai. |
| |
|
| |
|
Pada hari tersebut, selepas selesai menyempurnakan solat Asar,
Pengerusi dan Imam di Surau Al-Furqan, Ustaz Haji Zakaria telah
mengepalai jemaah yang hadir untuk melaksanakan amalan sunnah
ini. Antara yang hadir selain dari para Muslimin, terdapat juga
Muslimah, remaja dan kanak-kanak. Selepas selesai melakukan
solat, imam telah memberi khutbah mengingatkan para hadirin
tentang kekuasaan Allah swt dalam mentadbir cakerawala dan
tiadanya daya manusia dalam perkara sebegini. Sementara di zaman
Rasulullah SAW, kejadian gerhana telah dijadikan sebagai
peringatan akan kejadian hari kiamat.
|

Para hadirin
mendengar khutbah khas gerhana selepas menunaikan solat sunat
gerhana |
|
| |
|
| |
-Ruz- |
|